Sekadar berkongsi info berguna utk semua....^_^
"Jadikanlah masa yang berlalu itu pengalaman dan pengajaran, masa yang sedang berjalan kita isi dengan amalan dan masa hadapan jangan terlalu diangan-angankan" "Kita ini semuanya sama,tiada beza muda ataupun tua,jangan menyombong atau takbur sesama manusia,sekalipun kita berpangkat atau berilmu-kerana di sisi ALLAH SWT kita semuanya sama - cuma yang membezakan kita hanyalah AMAL dan TAQWA"
Selasa, 10 Januari 2012
Isnin, 9 Januari 2012
5 tips supaya boleh mengawal kalori yang diambil dan mengelakkan pengambilan makanan secara berlebihan:
1) Kita perlu bersarapan makanan yang mengandungi lemak, protein, dan karbohidrat di waktu pagi supaya berasa selesa dan tidak mudah lapar sepanjang hari berbanding mereka yang meninggalkan sarapan pagi. Jika berasa sangat lapar sebelum waktu tengahari, ia mungkin kerana tidak bersarapan pagi. Oleh itu kita perlu makan sekurang-kurangnya makanan yang mempunyai 250 kalori setiap pagi.
2) Makanan yang mengandungi kandungan air yang tinggi boleh membantu kita mengelakkan rasa lapar dengan cepat. Seseorang yang makan makanan yang mengandungi cecair yang tinggi akan makan kurang 21% berbanding mereka yang makan makanan yang rendah kandungan cecairnya. Lebih elok sertakan buah-buahan ketika makan malam. Sebaiknya makan buah-buahan yang segar berbanding yang telah dikeringkan kerana kandungan air buah-buahan segar lebih tinggi dan akan berasa lebih kenyang walaupun nilai kalori kedua-duanya sama.
3) Fiber boleh membantu kita berasa kenyang dengan cepat dan untuk jangka masa yang panjang. Ini adalah kerana badan perlu memproses makanan yang tinggi fiber ini dengan lebih perlahan yang menyebabkan kita akan berasa kenyang hampir sepanjang hari. Malah, makanan yang mengandungi kandungan kalori yang rendah ini juga dapat mengurangkan risiko penyakit diabetes dan penyakit jantung. Kita boleh cuba makan sekurang-kurangnya 25g fiber setiap hari seperti tips berikut:
Masukkan buah-buahan seperti epal dan lobak merah yang kaya dengan fiber ke dalam makanan dan snek kita. Cuba ini: Kerabu epal hijau lobak merah
Cuba gantikan makanan yang kita selalu makan seperti nasi dengan makanan yang mempunyai serat penuh seperti roti serat penuh dan bijirin penuh. Roti bun mentega bawang putih
4) Kajian terhadap 46 orang wanita yang sedang berdiet mendapati, 30% atau 18% daripada kalori yang diambil dari makanan adalah dari sumber protein. Makanan yang kaya dengan protein ini sebenarnya juga boleh membantu mengenyangkan dan mengurangkan rasa lapar. Selain itu, selepas 12 minggu, wanita-wanita ini akan meperolehi bentuk badan yang cantik hasil dari diet sihat mereka.
5) Jika masih tidak dapat meneka bagaimana rasa lapar yang sebenar kita, cuba setkan jam. Kebiasaanya, rasa sederhana lapar bertukar kepada terlalu lapar berlaku dalam tempoh 4 hingga 5 jam selepas kita menikmati makanan yang seimbang. Jika kita menunggu terlalu lama untuk makan, ia boleh menyebabkan kita berasa terlalu lapar dan terburu-buru mencari makanan. Ini boleh menjejaskan pemilihan makanan kita pada waktu itu. Tahap gula dalam darah dan tenaga akan sentiasa dalam keadaan stabil jika kita mengambil makanan pada waktu yang tetap.
Tips Senaman Skipping
Step 1:
Pastikan anda membeli jump rope yg boleh di adjust panjangnya sesuai ngan ketinggian anda..
Step 2:
Minggu pertama - Buat 10X skipping tanpa henti, then ulang 3x. So total 30x. Cara skipping yg betul, rapatkan kaki anda dan lompat. Bukan berselang-selikan kaki yg turun dan naik..
Minggu ke2 - tukar mode slow ke fast semasa skipping. Jika minggu pertama anda skipping pada mode perlahan, jadi tambahkan kelajuan semasa skipping.
Minggu ke3 - tambah jumlah skipping kepada 20X dan ulang 3x, total ialah 60x. Mulakan dgn mode slow dan
Minggu ke4 - tukar dari mode slow ke mode laju.
**Yg penting before buat jumping rope lebih dr 30x sy syorkan sgt2 buat warm up dulu dan bile dah selesai buat cool down. Pentingnya benda ni sbb memastikan degupan jantung kita stabil..
**buat dlm 30 minit leh bkar 300-400kalori (bergantung kpd berat badan anda)
**Mereka yg masih baru dan tak pernah buat jumping rope, lakukan secara perlahan-lahan.
**Jika anda mengalami masalah kesihatan seperti sakit dada dan cramp kaki, sila lakukannya pada mode perlahan dan kurangkan jumlah skipping. Jgn paksa badan anda tp dlm masa yg sama keep doing it until body kita terbiasa dgn aktiviti ini.
**Mereka yg memiliki penyakit kronik sila dptkan nasihat doktor sebelum melakukan sebarang senaman.
8 Manfaat Air Kosong
1. Melancarkan sistem pencernaan
Mengambil air kosong dalam kuantiti yang cukup akan melancarkan sistem pencernaan manusia dan mengelakkan masalah sembelit.
Air kosong melambatkan pertumbuhan zat-zat yang menyebabkan kanser, mencegah penyakit batu karang dan ginjal.
2. Perawatan kecantikan
Tubuh akan menyerap air daripada kulit sehingga menyebabkan kulit kering. Air dapat melindungi, melembap, dan menyihatkan tubuh.
3. Kesuburan
Meningkatkan produktiviti hormon lelaki dan wanita.
4. Ubat strok
Kemampuan air melancarkan sistem peredaran darah dan sistem pernafasan membuatkan ia bertindak untuk menguatkan otot-otot dan ligamen.
5. Menenangkan
Air hangat dapat melebarkan pembuluh darah dan mencegah kekakuan otot, menghilangkan rasa nyeri, serta menenagkan fikiran.
6. Menguruskan badan
Minum air sebelum makan akan menyebabkan anda lebih cepat kenyang dan hal ini membuatkan anda kurang makan.
7. Menyihatkan jantung anda.
8. Memberi kesegaran kepada tubuh.
Petua Tradisional Untuk Mengurangkan Berat Badan
1.MINUM AIR LIMAU NIPIS
CARANYA: Sediakan 2 biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari. Perah airnya dalam gelas berisi air sejuk, masukkan dalam peti ais. Jadikannya minuman anda setiap kali selepas makan tengahari dan malam.
2. MINUM AIR ASAM JAWA
CARANYA: Ambil sebuku asam jawa dan ramas dalam segelas air. Masukkan dalam peti sejuk dan jadikan minuman selepas makan tengahari dan malam. (ps:saya dah pernah cuba cara ni, rasa sakit perut lepas minum)
3. MINUM TEH CINA/TEH HIJAU
CARANYA: Jika anda tak berminat minum air limau atau air asam jawa, anda mungkin boleh mencuba teh cina. Bancuh seuncang teh cina, tambahkan serbuk kayu manis dan madu.
4. NAK LANGSINGKAN BADAN SELEPAS BERSALIN
CARANYA: Ambil 5 halia bara (halia cina), 10 biji lada hitam, 30 ekor ikan bilis. Tumbuk kesemua bahan sampai lumat dan perahkan air limau nipis. Makan bersama nasi panas waktu pagi dan malam, setiap hari sewaktu dalam pantang.(ps: kalau lepas pantang pun still makan macam ni, memang boleh kurus rasanya)
5. NAK KURANGKAN PERUT BUNCIT
CARANYA: Ambil sedikit kapur makan dan sebiji limau purut yang telah diperah jusnya. Gaulkan bersama dan lumurkan di bahagian perut sebelum tidur, biarkan kering sampai pagi.
6. NAK KURANGKAN PERUT BUNCIT LAGI!
CARANYA: Campur perahan air limau nipis bersama teh tanpa gula. Amalkan minum setiap hari.
Penjagaan Gigi Dan Gusi Ketika Hamil
Penjagaan Gigi Semasa hamil sangatlah penting,malah gusi anda mudah bengkak dan mendapat jangkitan. Kebanyakan ibu hamil akan mengalami sedikit pendarahan pada gusi mereka. Ia biasanya terjadi semasa memberus atau melalukan flos di celah gigi. Gusi yang bengkak dipanggil 'gingivitis'. Gusi yang terkena jangkitan pula dipanggil 'periodontal disease'.
Anda juga mungkin mengalami keadaan perembesan air liur lebih banyak daripada biasa.
Punca Perubahan Keadaan Gigi dan Gusi semasa Hamil
* perubahan hormon
* bertambahnya pengaliran darah dalam badan anda mengakibatkan gusi anda bengkak, menjadi sensitif dan berdarah.
Apa yang Anda Boleh Lakukan
Pastikan anda menjaga kesihatan dan kebersihan gigi dan gusi semasa hamil ini. Jika masalah gingivitis tidak dipedulikan, ia mungkin menyebabkan masalah gusi yang serius.
Ikuti langkah ini:
gosok gigi sekurang-kurang 2 kali sehari
gunakan berus yang lembut dan gosok secara perlahan-lahan dan berhati-hati.
jika gigi anda sensitif, gunakan ubat gigi khas untuk gigi sensitif.
jika gusi berdarah, rawat dengan ketulan ais
flos gigi setiap hari. Jika boleh, setiap kali selesai makan.
kurangkan gula dan makanan manis termasuk biskut, kek dan minuman soda
dapatkan pemeriksaan gigi secara berkala.
Bila Anda Perlu Jumpa Doktor
Tanya doktor anda jika anda alami keadaan berikut:
Gusi berdarah dengan banyak
Gusi sangat sakit
Nafas berbau busuk, tidak hilang walaupun selepas memberus gigi
Gigi longgar dan tercabut
Ada benjolan atau ketumbuhan dalam mulut
Gigi terasa sakit
Kenapa Perlu Risau
Jangkitan pada gusi boleh membahayakan anda dan juga bayi dalam kandungan. 'Periodontal disease' boleh menyebabkan komplikasi termasuk kelahiran pramatang dan bayi lahir kurang berat badan.
Jadi, jaga kesihatan gigi dan gusi, dan dapatkan pemeriksaan gigi dan gusi di klinik berhampiran anda.
Jumaat, 6 Januari 2012
Keburukan Perempuan Yang Kuat Cemburu
Kalaulah cemburu itu bermata,tentunya ianya mengalirkan airmata akibat penyalahgunaan konsep cemburu dikalangan wanita.Ramai wanita yang bertopengkan cemburu disebalik perasaan negatif yang wujud dalam diri mereka,Bagi mereka cemburu itu tanda sayang.Tetapi,kalau sayang tidak cemburu okeh!ianya lebih kepada sifat mempercayai pasangannya maka kalau cemburu,bermakna dia tidak mempercayai pasangannya.
Memang tidak dinafikan dalam setiap hubungan kekasih yang terjalin pastinya akan wujud perasaan cemburu,pada pendapat gua,cemburu ini tidak akan wujud selagi kita yakin dengan kejujuran pasangan kita.Cemburu lebih dikaitkan dengan wanita,pelbagai istilah cemburu yang wujud,cemburu buta,cemburu-memburu,hahaha..dan pelbagai lagi lah.
Wanita ini tidak sedar sebenarnya,dengan melahirkan perasaan cemburu,ianya akan mengeruhkan lagi keadaan,dan boleh menyebabkan hubungan yang dibina selama ini berantakan.Ok mmg di akui kekadang tu perasaan cemburu itu perlu dalam situasi tertentu,tapi biarlah berpada-pada.Maksudnya,jangan terlalu cemburu sehinggakan mengongkong pasangannya melakukan rutin harian,lebih-lebih lagi jika pasangannya seorang lelaki yang nakal.Orang yang nakal ni memang akan diberi perhatian oleh golongan wanita lain,sebab mereka ini unik,tetapi disebaliknya mereka ini jenis yang setia.
Kalau sayangkan kekasih, jangan cemburu buta okeh,sebab cemburu ini merimaskan la,maka tidak hairanlah kesilapan atau petengkaran kecil yang berpunca dari cemburu ini, boleh menjadi besar,bila dah mencapai tahap matang macam ini,pastinya hangpa dah tidak sehaluan dengan pasangan hangpa.Kalau nak cemburu tu,biarlah cemburu celik..sebab nampak..ehehe
Untuk pengetahuan,elaki ni akan berasa rimas dengan mereka yang kuat cemburu ini.Faham-faham jer lah kan sifat lelaki macam mana kan?
Apa yang pasti cemburu ini memang bahaya,jika diri mereka dikuasai perasaan cemburu,baik lelaki atau perempuan,pastinya mereka akan melakukan perkara diluar kawalan mereka.Ada yang sanggup membunuh pasangan mereka dek rasa cemburu.
Memang kita tahu,wanita cemburu sebab nak mempertahankan hak mereka,mereka tak nak kehilangan orang yang mereka cintai.Tetapi..awaslah dengan cemburu juga mereka akan kehilangannya.Berfikirlah dulu sebelum nak cemburu itu,selidik dan kenal pasti dahulu perkara yang hendak dicemburui,jangan main serang jer okeh.Anggaplah ini dugaan yang harus ditempuhi dalam perhubungan
Tolonglah berfikiran positif dalam membina perhubungan,kalaulah ada jodoh itu tidak kemana,jika DIRINYA dah ditakdirkan untuk kita,sejauh manapun dia pergi,dia akan tetap kembali hidup bersama kita YAKINLAH!..
"Cemburu tanda sayang tapi cemburu juga boleh membinasakan hubungan
takkan jadi cemburu kalau sidia setia ..takkan rasa cemburu kalau hati ini tahu kau juga seperti aku.menghargai perhubungan kita..percaya padamu walau kita jauh..kerna bagiku bila aku cemburu aku tahu kau tahu ada sesuatu yg telah kau lakukan..."

Langgan:
Catatan (Atom)