Sekadar berkongsi info berguna utk semua....^_^

Sekadar berkongsi info berguna utk semua....^_^
"Jadikanlah masa yang berlalu itu pengalaman dan pengajaran, masa yang sedang berjalan kita isi dengan amalan dan masa hadapan jangan terlalu diangan-angankan" "Kita ini semuanya sama,tiada beza muda ataupun tua,jangan menyombong atau takbur sesama manusia,sekalipun kita berpangkat atau berilmu-kerana di sisi ALLAH SWT kita semuanya sama - cuma yang membezakan kita hanyalah AMAL dan TAQWA"

Khamis, 20 Disember 2012

Petua dan pantang larang semasa mengandung

Pantang larang orang dulu-dulu (Kalau boleh jangan letakkan kepercayaan 100%, cuma amalkan dengan menganggap tips ini berdasarkan pengalaman mereka - orang lama-lama)

1) Ketika isteri hamil, suami janganlah memburu, mengania atau membunuh binatang. Kononnya amalan ini boleh menyebabkan anak yang dikandong isteri akan lahir cacat.
2) Minum air kelapa untuk bersihkan lendir-lendir masa bersalin nanti.
3) Tak boleh duduk di akar kayu - dikhuatiri uri tertinggal
4) Bila nak mandi towel usah lilit di sekeliling leher - dikhuatiri tali pusat melilit leher bayi
5) Suami jangan berlaku kasar pada haiwan - mengenan kat bayi
6) Petua org cina minum air sarang burung, sehari sebotol kecil -> kulit dan mata cantik.

Nasihat lain

1) Tidak perlu jalani ujian2 untuk mengesan janin cacat, kerana jika benar demikian , undang2 negara dan hukum islam tidak membenarkan menggugurkan kandungan walaupun janin cacat.
2) Dipercayai roh ditiupkan kedalam jasad bayi antara 4-5 bulan umor kandongan. Ketika inilah pergerakkan bayi mulai dirasa oleh ibunya.
3) Rerajin amalkan membaca Al-Quran dari surah2 Maryam, Yusof, Lukman dan sebagainya... semoga kita sesemua dapat bersalin dgn mudah.
4) Dengar lagu muzikal seperti mozart dll. Kalau gi kat kedai CD mesti jumpa koleksi khas lagu2 untuk org mengandung ni, mendengar lagu2 ni boleh merangsangkan sel2 otak baby supaya lebih pandai. Kalau ikut petua org islam ni perbanyakkan baca surah al-Yusof, luqman. kalau boleh suruh hubby bacakan sambil pegang perut wife. Biasanya buat bila baby berusia 7 bulan sebab masa tu sel otak tengah develop. So masa ni baby akan cepat menangkap bunyi dari luar.
5) Kafein buleh merencatkan pembesaran bayi manakala nenas mengandungi bhn kimia yg berbahaya pd bayi. Cuma buah mcm nangka, cempedak tu kalau boleh elakkan sbb berangin.
6) Jangan simpan kucing sbb najis dia boleh menjejaskan bayi.

Nasihat Pemakanan

1) Jangan makan nenas - sebab tajam terutama di awal 3 bulan pertama kandungan boleh menyebabkan keguguran.
2) Jangan makan pucuk/ulam2 melarat atas tanah (ie ulam pegaga) - sebab takut uri melekat dalam rahim waktu bersalin.
3) Jangan makan ulaman berbau seperti petai dan jering waktu hujung kandungan - sebab nanti air mentuban berbau busuk.
4) Jangan minum ais - sebab melemahkan anggota badan tapi kebiasaannya waktu kita mengandung kita kan senantiasa rasa panas dan memang nak cari ais jek.
5) Jangan travel jauh2 di waktu awal 3 bulan kandungan - takut rahim lemah dan tak dapat menahan dari keguguran.
6) Air tebu - Elakkan!

Banyakkan :-

1) Minum air susu dan air masak
2) Makan buah2an dan sayur2an - biasanya ibu mengandung hadapi masalah buang air besar.
3)Makan sedikit2 tetapi lebih kerap di pertengahan hingga hujung kandungan sebab bila bayi makin membesar akan menghimpit ruang usus menyebab kita cepat rasa senak dan mengah.
4) Ikut nasihat doktor tentang pemakanan multivitamin.
5) Ambil folic acid (doktor biasanya akan beri nih) untuk penambahan darah.

Amalan di hujung kandungan :

1) Banyakkan berjalan bagi memudahkan bersalin.
2) Minum air kelapa (dinasihatkan untuk kandungan 5 bulan dan ke atas) bagi membantu menghilang masalah kerak kepala bayi dari berlarutan (ni biasa ada pada setiap bayi baru lahir)
3) Ikut kelas latihan persediaan bersalin supaya kita tak terjerit2 bila nak bersalin nanti. ;)

Rabu, 12 Disember 2012

Tips Untuk Anak Yang Sihat

Melahirkan bayi yang sihat dan sempurna tentunya menjadi idaman setiap pasangan. Terutamanya bagi anda yang bakal bergelar ayah dan ibu. Dalam usaha mendapatkan bayi yang sihat, terdapat beberapa petua semasa mengandung yang boleh


Antaranya

Untuk Si Ibu

1. Si ibu haruslah bijak mengawal perasaan diri sendiri.

- Hindari daripada asyik memikirkan sesuatu masalah.

- Terlalu bimbang serta takut terhadap sesuatu perkara.

- Jauhi berprasangka yang tidak baik. Malah pohon dan serahkan semuanya kepada yang Maha Kuasa.


2. Elakkan memakan makanan yang berbisa. Contohnya macam buah nanas, ikan sembilang, ikan pari dan juga tapai.


3. Pada setiap waktu pagi, amalkan menyedut udara segar dan bersih.

Ia bertujuan untuk menyihatkan diri serta anak dalam kandungan anda.


4. Pastikan anda tidur dan mendapat rehat yang secukupnya.

Tapi elakkan tidur pada waktu yang kurang baik seperti selepas Subuh, selepas Asar, sewaktu hari hampir senja dan selepas Maghrib.

Di samping itu, elakkan juga daripada terlebih tidur. Ini kerana anak tersebut akan mewarisi sifat malas dan lembab.


5. Banyakkan bergerak.

Anda boleh bergerak ataupun berjalan-jalan di sekitar kawasan rumah ataupun di ruang yang lapang. Praktikkanlah kira-kira dalam 30 minit hingga 1 jam sehari.

Elakkan juga daripada duduk terlalu lama. Sebaliknya banyakkan berdiri. Kalau penat atau tak larat, duduklah sekejap. Kemudian berdirilah semula yer. Pergerakan ini amat membantu terutamanya ketika anda hampir nak bersalin kelak.

Ia akan memudahkan anda semasa proses melahirkan anak nanti. Bagi anda yang beragama Islam, sudah tentu pergerakan yang terbaik adalah melalui solat. :)


6. Banyakkan minum air putih.

Minumlah sekurang-kurangnya dalam 6 ke 7 gelas sehari. Ia dapat menambah kesegaran dan memudahkan anda melahirkan anak nanti.


Walaupun hanya si isteri yang mengandung, pihak suami juga perlu berikan sokongan. Antara komitmen yang boleh dilakukan oleh si bapa ialah:



Untuk Si Bapa


1. Sentiasa menjaga hati dan perasaan isteri yang sedang mengandung khususnya pada permulaan bulan pertama.


2. Sekiranya isteri anda mengandung lebih-lebih lagi anak pertama, berikanlah dia perhatian sepenuhnya. Tunjukkan rasa gembira dan syukur anda di atas pengorbanan isteri.

Ini kerana keprihatinan anda akan menyenangkan hati isteri serta memberi kesan positif terhadap bayi dalam kandungan.


3. Banyakkanlah membantu isteri dalam segala hal. Lebih-lebih lagi perasaan mereka. Cuba elakkan daripada buat mereka sedih, memendam rasa, benci dan runsing.


Namun begitu, anda harus sedar bahawa petua di atas hanyalah sebagai usaha dan ikhtiar. Tidak semestinya ia memberikan hasil yang serupa kepada setiap pasangan. Ini kerana kita hanya merancang tetapi hanya Tuhan yang menentukannya.

Isnin, 10 Disember 2012

Petua Untuk Mendapatkan Anak Lelaki


1. Tetapkan jadual untuk melakukan hubungan seks bersama pasangan pada hari pertama pengovuman berlaku yang dialami kaum wanita (pada ketika ini sperma akan berenang lebih laju dan dapat mencapai telur dengan senang).

2. Jika pihak isteri mencapai klimaks terlebih dahulu sebelum suami, peluang untuk mendapatkan bayi lelaki amat cerah (pada peringkat ini cecair beralkali dikeluarkan oleh sistem badan wanita yang mana sperma mendapat asid secara semulajadi).

3. Teknik hubungan seks turut mempengaruhi faktor jantina bayi yang akan dilahirkan (Dikatakan teknik "doggie style" lebih berkesan dalam perkara ini).

4. Pastikan anda dan pasangan TIDAK melakukan seks selama seminggu sebelum tarikh pengovuman (ia dapat mengekalkan jumlah sperma yang .tinggi kerana sperma tidak sekuat telur yang mampu bertahan lama di dalam uterus)

5. Lakukan hubungan seks pada waktu malam. Lupakan facebook anda itu.

6. Anda digalakkan memakan makanan kekacang yang mengandungi tinggi potassium. (contohnya kacang hijau ), tambahkan juga jenis makanan yang berdaging, buah-buahan segar dan sayur-sayuran.

7. Bagi lelaki pula, anda digalakkan untuk lebihkan minuman bersoda.

Petua Untuk Mendapatkan Anak Kembar


1. Genetik - Jika dalam salasilah keluarga anda terdapat pasangan yang mempunyai anak kembar, kemungkinan besar anda juga mampu mendapat anak kembar. Ini kerana trait sedemikian mungkin telah diturunkan pada diri anda. Trait yang dimaksudkan ialah penghasilan 2 ovum secara serentak dalam satu masa.

2. Umur - Wanita yang berumur 35- 40-an dan ke atas, mempunyai potensi yang lebih besar untuk mendapat anak kembar. Pada ketika ini, kebanyakan wanita akan mengambil rawatan untuk kesuburan. Tambahan pula, mereka akan lebih cenderung untuk menghasilkan lebih dari satu ovum semasa proses ovulasi, kerana proses tersebut telah terganggu oleh proses perimenopause.

3. Bilangan Anak - Lagi banyak bilangan seseorang individu pernah melahirkan anak, lagi tinggi peluang beliau untuk melahirkan anak kembar selepas itu.

4. Berat Badan dan Ketinggian - Perempuan yang tinggi atau perempuan yang lebih berat mempunyai kebarangkalian yang lebih tinggi untuk mendapat anak kembar.

5. Diet - Pengambilan makanan tertentu yang mengandungi kandungan estrogen yang tinggi mampu meningkatkan kebarangkalian mendapat anak kembar.

6. Pengambilan Ubat Kesuburan - Pengambilan ubat kesuburan boleh meningkatkan kebarangkalian seseorang untuk menghasilkan dua ovum dalam satu proses ovulasi, sekaligus meningkatkan kebarangkalian mendapat anak kembar.

7. Selain berkahwin dengan keturunan kembar, sebenarnya banyak cara untuk mendapatkan anak kembar. Tetapi kebanyakkannya adalah cara yang tidak sihat seperti mengandung di usia tua, mengandung ketika masih menyusui bayi, hamil di waktu si ibu gemuk dan sama waktu denganya.Memang boleh terjadi mendapat anak kembar tetapi kandungan tidak sihat. Kemungkinan keguguran pun tinggi, anak kembar tidak sihat atau kandungan bermasalah juga tinggi.

8. Banyakkan makan ubi, kentang dan susu. Tiga jenis makanan ini dapat meningkatkan ovulasi pada telur dan mungkin boleh dapatkan anak kembar. Ada yang kata, jika kita teratur minum susu dari zaman muda mudi, kebarangkalian untuk mendapatkan anak kembar itu tinggi. Juga, jika anda amalkan memakan ubi, kentang dan susu bukan sahaja baik untuk mendapatkan anak kembar, tetapi juga salah satu cara untuk mendapatkan anak bagi pasangan yang sudah lama berkahwin tetapi tidak ada rezeki untuk mendapatkan anak.

Petua Untuk Mendapatkan Anak Perempuan

1. Digalakkan memakan makanan yang berasid seperti limau, asam , nenas, cuka, air minuman bergas dan lain lain. Pantang memakan makanan laut.
A
2. Persetubuhan dilakukan sebelum penetasan telur isteri (ovulation). Jangan bersetubuh selama 5 hari mulai dari hari ‘ovulation’ yang boleh dikesan dengan ujian-ujian subur.

3. Melakukan ‘douching’ dengan menggunakan cecair asid (very dilute lactacyd) 2 jam sebelum persetubuhan dilakukan.

4. Banyakkan makan daging (ayam dan lembu) untuk kedua-dua pasangan.)

5.”Subsurface penetration”, maksudnya pancut jauh dari pangkal rahim. Ini berkemungkinan sperma yang membawa gen lelaki tidak dapat bertahan lama dan mati. Ini memberi peluang untuk sperma yang membawa gen perempuan bercantum dengan ovum.

Nota: Kalau mengandung anak lelaki, perut akan berbentuk bulat.


1. Diet Pemakanan - Hasil kajian pakar-pakar perbidanan dan sakit puan mendapati:

a. Untuk mendapat anak lelaki, isteri disyorkan supaya memakan makanan yang mengandungi lebih daging, buah-buahan dan bergaram

b. Untuk mendapat anak perempuan, amalkan untuk memakan makanan yang kaya dengan lemak dan yang diperbuat daripada susu

Ibu-ibu yang mengamalkan pemakanan seperti (a) dan (b) di atas, peluang untuk mendapat anak yang dihajati adalah di antara 75 - 80 %. Tetapi, apabila ibu-ibu tersebut tidak lagi mengikuti pemakanan yang ditentukan, hasilnya dengan serta-merta menurun menjadi 65, 60 dan 55 %.

MAKANAN:
1. Badam (almond) 5 biji setiap hari
2. Buah Delima
3. Buah Zaitun
4. Buah Kurma
5. Elakkan memakan jenis yang masam, nanas, minuman berkarbonat, dan makanan laut (seafood).
6. Jangan minum ais dan air kelapa

LARANGAN
1. JANGAN minum Coca Cola, Pepsi Cola, dan lain-lain jenis minuman yang bergas (carbonated drinks)
2. JANGAN minum air kacang soya
3. JANGAN makan segala jenis jeruk kering seperti asam boi dan jeruk basah seperti jeruk mangga dan ceremai
4. JANGAN makan makanan fast food
5. JANGAN makan burger dan nugget
6. JANGAN makan jambu batu, nenas, tebu, anggur, dan putik betik

AMALAN PEMAKANAN ISTERI
SEBELUM BERSETUBUH

1. Amalkan madu lebah untuk tenaga dan kesihatan dalaman
2. Minum susu dan ambil buah badam sebagai sajian ringan
3. Amalkan sup ayam dan makanan berempah
4. Minuman berhalia

Amalan selepas Bersalin (Berpantang) cara Tradisional dan Moden yang sesuai diamalkan.

1. Urutan
Mengurut sangat baik untuk melancarkan perjalanan darah dan mencergaskan badan. Urutan biasanya dimulakaan selepas tiga hari bersalin. Bahagian yang biasanya diurut ialah perut, lengan, pinggang, kaki, belakang badan dan kepala. Mengurut boleh menghilangkan sengal-sengal badan.


2. Bertungku
Bertungku bertujuan untuk mengeluarkan darah kotor dalam tubuh terutamanya saki baki darah beku, membuang angin, menyembuhkan luka peranakan, menghangatkan tubuh dan mengecutkan urat yang kembang. InsyaAllah, lepas bertungku darah nifas akan mudah dan banyak keluar. Sebaiknya-baiknya bertungkulah tidak kurang daripada 45 minit setiap pagi dan petang selama tempoh berpantang.

3. Bertangas
Kaedah bertangas mampu membuang angin meroyan, mengecutkan vagina, menyihatkan peranakan , membetulkan kedudukan salur peranakan dan mengecutkan rahim. Ini penting untuk menyembuhkan luka dan jahitan segera. Biasanya rawatan ini perlu dijalankan selama setengah jam setiap kali bagi tempoh seminggu sekali sepanjang tempoh berpantang. Cara bertangas adalah air rebusan rempah ratus yang masih panas diletakkan di bawah kerusi dan ibu duduk di atas kerusi sambil membuka kaki supaya wasapnya dapat diserap dari bahagian bawah. Pastikan wasap tersebut terkepung dengan cara melabuhkan kain yang dipakai ibu hingga ke lantai.

4. Berbengkung
Berbengkung sangat membantu untuk mendapatkan bentuk tubuh kembali ramping. Berbengkunglah setiap hari sehingga habis berpantang terutamanya ketika waktu makan. Ia bukan sahaja boleh mengelakkan masalah perut buncit, juga boleh mengembalikan kedudukan peranakan.

5. Mandi rempah ratus
Anda digalakkan mandi dengan menggunakan air rebusan daun atau akar kayu. Air mandian tersebut berupaya mengeluarkan angin, memberi kesegaran dan menghaluskan kulit. Amalan mandi biasanya dilakukan pada hari ketiga dan seterusnya, sekurang-kurangnya tujuh hari berturut-turut. Antara jenis daun herba yang digunakan ialah pandan dan serai wangi. Air rebusan sireh yang sudah suam pula boleh digunakan untuk bersuci selepas membuang air kecil.

6. Memakai param dan pilis
Param dipakai ke seluruh badan dan pilis disapu di dahi. Kebaikan memakai param ialah dapat menghaluskan kulit dan menghindarkan angin. Pilis pula untuk mengelakkan pening dan mata rabun. Pemakaian herba dapat mengurangkan pitam dan tekanan darah rendah.

Disamping semua ini, anda juga boleh mengamalkan vitamin berasaskan produk semulajadi sebagai pelengkap atau altenatif yang sangat mudah yang turut menyumbang kepada kesihatan ibu dari dalaman iaitu "Set Berpantang Shaklee".

Set berpantang Shaklee terdiri daripada:

a. Vitamin C- Untuk kuatkan antibodi badan ibu, membina kolegen yang penting untuk menyambung struktur otot dan tisu. Turut mempunyai kuasa penyembuhan.

b. Vitalea - Mengandungi multi vitamin dan mineral semulajadi untuk menampung kekurangan zat zat makanan penting sepanjang berpantang.

c. B Complex - Memberi kesegaran kepada ibu, mengatasi kelesuan, membantu menukarkan karbohidat, protein dan lemak kepada tenaga. Jadi, turut membantu ibu menurunkan berat badan selepas bersalin.

d. Zink- Sangat baik untuk baik pulih luka dalaman, membantu pemulihan sel badan dan bagus untuk masalah keguguran rambut.

e. Energizing Soy Protein (ESP) - Merupakan protein soya berkualiti tinggi dan boleh menggalakkan pengeluaran susu ibu dan membekalkan tenaga kepada ibu

Isnin, 3 Disember 2012

9 perkara yang perlu dilakukan suami semasa isteri mereka mengandung...?

1- Luangkan masa bersama isteri- Mungkin suami terlalu sibuk dengan pekerjaan yang perlu dilakukan. Tetapi mereka perlu berusaha untuk meluangkan masa bersama isteri.
Ia kerana pada waktu ini isteri amat-amat memerlukan anda. Dengan hanya berada disamping isteri, ia dapat membantu untuk mengurangkan tekanan yang sedang ditanggung oleh mereka.

2- Membantu pemakanan isteri- Seperti yang anda semua tahu, pada waktu ini isteri biasanya akan mengidam. Suami sepatutnya membantu untuk memenuhi kehendak mereka. Selain daripada itu, isteri juga memerlukan makanan yang berkhasiat. Sekiranya suami membelikan mereka yogurt, madu, buah-buahan atau makanan kesihatan yang lain adalah lebih baik.

3- Perlahan-Suami perlu tahu bahawa semasa isteri mereka mengandung, segala pergerakan mereka akan menjadi perlahan. Apabila suami membawa isteri mereka untuk bersiar-siar, berjalanlah dengan perlahan untuk menunjukkan anda memahami situasi isteri anda. Tidak perlu untuk memarahi mereka disebabkan pergerakan mereka yang lambat.

4- Tidak perlu bertanya, terus lakukan- Semasa isteri anda mengandung, tidak perlulah suami bertanyakan mengenai apa yang perlu dilakukan. Apabila melihat kain banyak tidak dibasuh, terus pergi untuk membasuhnya. Begitu juga terhadap kerja rumah yang lain. Ia adalah ciri seorang suami yang baik.

5- Belajar- Semasa isteri anda mengandung, mereka akan mengalami perubahan yang besar di dalam aktiviti harian mereka. Suami seharusnya belajar mengenai tanda-tanda seperti ini. Ia akan membuatkan anda lebih bersedia sekiranya isteri anda marah-marah, terlalu sensitif, kuat merajuk dan sebagainya.

6- Membantu menyiapkan hidangan makan- Sekiranya sebelum ini segala tugasan hanya dilakukan oleh isteri semata-mata untuk memastikan suami mereka kenyang, tidak salah sekiranya semasa isteri mengandung, suami pula melakukan tugasan yang sama.

7- Membantu menjaga anak yang lain- Ini adalah peluang keemasan untuk suami menghabiskan banyak masa untuk anak mereka. Jangan sesekali melepaskan peluang ini. Ia adalah cara terbaik untuk mengeratkan lagi hubungan anda dan anak.

8- Membawa isteri ke mana sahaja- Pada waktu ini, sebaiknya jangan biarkan isteri anda memandu seorang diri. Sekiranya anda mempunyai masa, bawalah mereka ke mana sahaja mereka ingin pergi.

9- Pinjamkan tangan anda pada isteri- Apabila isteri ingin memakan ubat, pinjamkanlah tangan anda untuk pergi mengambil ubat. Kemudian pinjamkan tangan anda untuk pergi ambil air suam di dapur.

Kebiasaannya, suami dan org lelaki selalu take things for granted dan insensitive. Kita pula selalu berharap suami lebih memahami tanpa kita bersuara meminta itu & ini. Disinilah selalu terjadinya miss-communication & miss-expectation sehingga isteri stress memendam rasa dan hubungan suami isteri menjadi dingin...

But mommies...2 be fair to our beloved hubby, communicate lah dgn penuh sopan dan kasih sayang. Mereka lelaki dan suami yg memang dilahirkan dgn ego yg telah terfitrah dan tersedia 'built in' dlm diri mereka. Tapi semuanya boleh dielak sekiranya ada communication. 
 
 Please forward article ni to ur hubby to let him know.. apa yg terpendam dihati kita. Mudah2an, suami kita akan memberi telinga dan hatinya kepada kita. Kita kan sedang bertarung nyawa untuk anak mereka jugak. InsyaAllah mereka akan memahami. Wallahualam.