Sekadar berkongsi info berguna utk semua....^_^

Sekadar berkongsi info berguna utk semua....^_^
"Jadikanlah masa yang berlalu itu pengalaman dan pengajaran, masa yang sedang berjalan kita isi dengan amalan dan masa hadapan jangan terlalu diangan-angankan" "Kita ini semuanya sama,tiada beza muda ataupun tua,jangan menyombong atau takbur sesama manusia,sekalipun kita berpangkat atau berilmu-kerana di sisi ALLAH SWT kita semuanya sama - cuma yang membezakan kita hanyalah AMAL dan TAQWA"

Isnin, 9 Januari 2012

5 tips supaya boleh mengawal kalori yang diambil dan mengelakkan pengambilan makanan secara berlebihan:

1) Kita perlu bersarapan makanan yang mengandungi lemak, protein, dan karbohidrat di waktu pagi supaya berasa selesa dan tidak mudah lapar sepanjang hari berbanding mereka yang meninggalkan sarapan pagi. Jika berasa sangat lapar sebelum waktu tengahari, ia mungkin kerana tidak bersarapan pagi. Oleh itu kita perlu makan sekurang-kurangnya makanan yang mempunyai 250 kalori setiap pagi.

2) Makanan yang mengandungi kandungan air yang tinggi boleh membantu kita mengelakkan rasa lapar dengan cepat. Seseorang yang makan makanan yang mengandungi cecair yang tinggi akan makan kurang 21% berbanding mereka yang makan makanan yang rendah kandungan cecairnya. Lebih elok sertakan buah-buahan ketika makan malam. Sebaiknya makan buah-buahan yang segar berbanding yang telah dikeringkan kerana kandungan air buah-buahan segar lebih tinggi dan akan berasa lebih kenyang walaupun nilai kalori kedua-duanya sama.

3) Fiber boleh membantu kita berasa kenyang dengan cepat dan untuk jangka masa yang panjang. Ini adalah kerana badan perlu memproses makanan yang tinggi fiber ini dengan lebih perlahan yang menyebabkan kita akan berasa kenyang hampir sepanjang hari. Malah, makanan yang mengandungi kandungan kalori yang rendah ini juga dapat mengurangkan risiko penyakit diabetes dan penyakit jantung. Kita boleh cuba makan sekurang-kurangnya 25g fiber setiap hari seperti tips berikut:

Masukkan buah-buahan seperti epal dan lobak merah yang kaya dengan fiber ke dalam makanan dan snek kita. Cuba ini: Kerabu epal hijau lobak merah
Cuba gantikan makanan yang kita selalu makan seperti nasi dengan makanan yang mempunyai serat penuh seperti roti serat penuh dan bijirin penuh. Roti bun mentega bawang putih

4) Kajian terhadap 46 orang wanita yang sedang berdiet mendapati, 30% atau 18% daripada kalori yang diambil dari makanan adalah dari sumber protein. Makanan yang kaya dengan protein ini sebenarnya juga boleh membantu mengenyangkan dan mengurangkan rasa lapar. Selain itu, selepas 12 minggu, wanita-wanita ini akan meperolehi bentuk badan yang cantik hasil dari diet sihat mereka.

5) Jika masih tidak dapat meneka bagaimana rasa lapar yang sebenar kita, cuba setkan jam. Kebiasaanya, rasa sederhana lapar bertukar kepada terlalu lapar berlaku dalam tempoh 4 hingga 5 jam selepas kita menikmati makanan yang seimbang. Jika kita menunggu terlalu lama untuk makan, ia boleh menyebabkan kita berasa terlalu lapar dan terburu-buru mencari makanan. Ini boleh menjejaskan pemilihan makanan kita pada waktu itu. Tahap gula dalam darah dan tenaga akan sentiasa dalam keadaan stabil jika kita mengambil makanan pada waktu yang tetap.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan