Sekadar berkongsi info berguna utk semua....^_^

Sekadar berkongsi info berguna utk semua....^_^
"Jadikanlah masa yang berlalu itu pengalaman dan pengajaran, masa yang sedang berjalan kita isi dengan amalan dan masa hadapan jangan terlalu diangan-angankan" "Kita ini semuanya sama,tiada beza muda ataupun tua,jangan menyombong atau takbur sesama manusia,sekalipun kita berpangkat atau berilmu-kerana di sisi ALLAH SWT kita semuanya sama - cuma yang membezakan kita hanyalah AMAL dan TAQWA"

Isnin, 9 Januari 2012

Petua Tradisional Untuk Mengurangkan Berat Badan

1.MINUM AIR LIMAU NIPIS
CARANYA: Sediakan 2 biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari. Perah airnya dalam gelas berisi air sejuk, masukkan dalam peti ais. Jadikannya minuman anda setiap kali selepas makan tengahari dan malam.

2. MINUM AIR ASAM JAWA
CARANYA: Ambil sebuku asam jawa dan ramas dalam segelas air. Masukkan dalam peti sejuk dan jadikan minuman selepas makan tengahari dan malam. (ps:saya dah pernah cuba cara ni, rasa sakit perut lepas minum)

3. MINUM TEH CINA/TEH HIJAU
CARANYA: Jika anda tak berminat minum air limau atau air asam jawa, anda mungkin boleh mencuba teh cina. Bancuh seuncang teh cina, tambahkan serbuk kayu manis dan madu.

4. NAK LANGSINGKAN BADAN SELEPAS BERSALIN
CARANYA: Ambil 5 halia bara (halia cina), 10 biji lada hitam, 30 ekor ikan bilis. Tumbuk kesemua bahan sampai lumat dan perahkan air limau nipis. Makan bersama nasi panas waktu pagi dan malam, setiap hari sewaktu dalam pantang.(ps: kalau lepas pantang pun still makan macam ni, memang boleh kurus rasanya)

5. NAK KURANGKAN PERUT BUNCIT
CARANYA: Ambil sedikit kapur makan dan sebiji limau purut yang telah diperah jusnya. Gaulkan bersama dan lumurkan di bahagian perut sebelum tidur, biarkan kering sampai pagi.

6. NAK KURANGKAN PERUT BUNCIT LAGI!
CARANYA: Campur perahan air limau nipis bersama teh tanpa gula. Amalkan minum setiap hari.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan