Sekadar berkongsi info berguna utk semua....^_^

Sekadar berkongsi info berguna utk semua....^_^
"Jadikanlah masa yang berlalu itu pengalaman dan pengajaran, masa yang sedang berjalan kita isi dengan amalan dan masa hadapan jangan terlalu diangan-angankan" "Kita ini semuanya sama,tiada beza muda ataupun tua,jangan menyombong atau takbur sesama manusia,sekalipun kita berpangkat atau berilmu-kerana di sisi ALLAH SWT kita semuanya sama - cuma yang membezakan kita hanyalah AMAL dan TAQWA"

Jumaat, 6 Januari 2012

Keburukan Perempuan Yang Kuat Cemburu

Kalaulah cemburu itu bermata,tentunya ianya mengalirkan airmata akibat penyalahgunaan konsep cemburu dikalangan wanita.Ramai wanita yang bertopengkan cemburu disebalik perasaan negatif yang wujud dalam diri mereka,Bagi mereka cemburu itu tanda sayang.Tetapi,kalau sayang tidak cemburu okeh!ianya lebih kepada sifat mempercayai pasangannya maka kalau cemburu,bermakna dia tidak mempercayai pasangannya.

Memang tidak dinafikan dalam setiap hubungan kekasih yang terjalin pastinya akan wujud perasaan cemburu,pada pendapat gua,cemburu ini tidak akan wujud selagi kita yakin dengan kejujuran pasangan kita.Cemburu lebih dikaitkan dengan wanita,pelbagai istilah cemburu yang wujud,cemburu buta,cemburu-memburu,hahaha..dan pelbagai lagi lah.



Wanita ini tidak sedar sebenarnya,dengan melahirkan perasaan cemburu,ianya akan mengeruhkan lagi keadaan,dan boleh menyebabkan hubungan yang dibina selama ini berantakan.Ok mmg di akui kekadang tu perasaan cemburu itu perlu dalam situasi tertentu,tapi biarlah berpada-pada.Maksudnya,jangan terlalu cemburu sehinggakan mengongkong pasangannya melakukan rutin harian,lebih-lebih lagi jika pasangannya seorang lelaki yang nakal.Orang yang nakal ni memang akan diberi perhatian oleh golongan wanita lain,sebab mereka ini unik,tetapi disebaliknya mereka ini jenis yang setia.

Kalau  sayangkan kekasih, jangan cemburu buta okeh,sebab cemburu ini merimaskan la,maka tidak hairanlah kesilapan atau petengkaran kecil yang berpunca dari cemburu ini, boleh menjadi besar,bila dah mencapai tahap matang macam ini,pastinya hangpa dah tidak sehaluan dengan pasangan hangpa.Kalau nak cemburu tu,biarlah cemburu celik..sebab nampak..ehehe

Untuk pengetahuan,elaki ni akan berasa rimas dengan mereka yang kuat cemburu ini.Faham-faham jer lah kan sifat lelaki macam mana kan?

Apa yang pasti cemburu ini memang bahaya,jika diri mereka dikuasai perasaan cemburu,baik lelaki atau perempuan,pastinya mereka akan melakukan perkara diluar kawalan mereka.Ada yang sanggup membunuh pasangan mereka dek rasa cemburu.

Memang kita tahu,wanita cemburu sebab nak mempertahankan hak mereka,mereka tak nak kehilangan orang yang mereka cintai.Tetapi..awaslah dengan cemburu juga mereka akan kehilangannya.Berfikirlah dulu sebelum nak cemburu itu,selidik dan kenal pasti dahulu perkara yang hendak dicemburui,jangan main serang jer okeh.Anggaplah ini dugaan yang harus ditempuhi dalam perhubungan

Tolonglah berfikiran positif dalam membina perhubungan,kalaulah ada jodoh itu tidak kemana,jika DIRINYA dah ditakdirkan untuk kita,sejauh manapun dia pergi,dia akan tetap kembali hidup bersama kita YAKINLAH!..

"Cemburu tanda sayang tapi cemburu juga boleh membinasakan hubungan
takkan jadi cemburu kalau sidia setia ..takkan rasa cemburu kalau hati ini tahu kau juga seperti aku.menghargai perhubungan kita..percaya padamu walau kita jauh..kerna bagiku bila aku cemburu aku tahu kau tahu ada sesuatu yg telah kau lakukan..."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan