Sekadar berkongsi info berguna utk semua....^_^

Sekadar berkongsi info berguna utk semua....^_^
"Jadikanlah masa yang berlalu itu pengalaman dan pengajaran, masa yang sedang berjalan kita isi dengan amalan dan masa hadapan jangan terlalu diangan-angankan" "Kita ini semuanya sama,tiada beza muda ataupun tua,jangan menyombong atau takbur sesama manusia,sekalipun kita berpangkat atau berilmu-kerana di sisi ALLAH SWT kita semuanya sama - cuma yang membezakan kita hanyalah AMAL dan TAQWA"

Selasa, 22 Januari 2013

Apabila Janin Bergerak

Janin di dalam kandungan juga sensitif terhadap persekitaran ibunya. Sentuhan lembut tangan ibu pada bahagian perut boleh membuatkan janin bertindak balas terhadap rangsangan yang diberikan. Hal ini berlaku kerana, janin di dalam kantung rahim sebenarnya bergerak.

Gerakan pada janin ini selalunya dapat dikesan antara minggu ke-18 hingga minggu ke-22. Sudah tentu ibu begitu terharu malah gembira setiap kali merasai gerakan janin.

Secara umumnya, janin akan bergerak pada kiraan normal sebanyak 10 kali dalam satu hari atau sekali dalam satu jam. Gerakannya akan menjadi lebih aktif pada sebelah malam. Keadaan itu sebenarnya dipengaruhi oleh hormon di dalam tubuh ibu yang bertindak lebih aktif pada malam hari. Begitu juga dengan keaktifan gerakan janin juga berbeza antara satu sama lain. Sebab itulah, ibu tidak perlu membandingkan gerakan janin dengan ibu-ibu yang lainnya. Sememangnya gerakan janin itu cukup unik sifatnya.

1. Menggeliat
Setiap kali anda bangun daripada tidur, anda akan meng geliat terlebih dahulu. Janin juga begitu. Dia akan mengalami keadaan lenguh selepas beberapa jam tidur bersama ibunya. Gerakan meregangkan otot tubuh itu dilakukan beberapa kali dalam sehari. Perlu diketahui juga, janin yang menge liat di pagi hari mampu untuk membangunkan anda dari tempat tidur. Aksi janin anda akan lebih dirasai jika ibu berbaring dalam keadaan terlentang.

2. Janin Juga Melakukan Senaman
Bagaimana bentuk senaman janin? Janin akan membuat gerakan meluruskan kaki kanan ke hadapan, diikuti kaki kirinya. Ia juga akan meluruskan tangan ke depan, diikuti tangan kirinya. Ibu pula merasai seolah-olah janin membuat gerakan menendang dan menyiku, walhal janin sedang melatih otot tubuhnya untuk meregang.

3. Menghisap Ibu Jari
Gerakan ini bukan sahaja dilaku kan oleh bayi atau kanak-kanak, janin di dalam kandungan juga boleh melaku kan aksi sebegini. Selalunya janin akan memasukkan ibu jarinya ke dalam mulut apa bila ibunya menikmati makanan yang enak. Janin akan menunggu turunnya zat-zat pemakanan yang diambil ibunya untuk sampai ke aliran darahnya melalui plasenta. Indah bukan fakta ini.

4. Berpusing
Ketika anda sedang sibuk bekerja, janin juga mahu menikmatinya. Ketika itulah ia sibuk menggerakkan kedua-dua tangan. Apatah lagi, apabila ia menganggap tali pusat yang menghubungkan janin dengan ibunya adalah sesuatu benda yang menarik. Ia akan memusing-musingkan tali pusat dan menggunakannya untuk berpindah dari satu posisi ke posisi yang lain.

5. Mengetuk Janin
Keadaan ini boleh dikesan atau menerima tindak balas daripada janin apabila ia telah memasuki usia 24 minggu. Lagi pula, dalam usia ini janin sudah boleh memberi tindak balas kepada usapan tangan kerana sistem saraf pusat di seluruh tubuhnya sudah membesar sehingga ia mampu bertindak balas terhadap rangsangan sentuhan yang sedikit menekan. Tindak balas itu menandakan janin kembali menyapa salam dari ibunya.

6. Gerakan Di Tulang Rusuk
Apabila anda cuba berehat ataupun tidur, janin tidak mahu mengikut. Seolah-olah ia masih mahu bergerak dan bermain dengan cecair hangat ketuban. Gerakan itu adakalanya anda dapat rasai sampai ke bahagian tulang rusuk. Itu bermakna, janin sedang meminta ibunya memberi tindak balas agar membelai dan mengusap tubuhnya dari luar sehingga ia tertidur.

7. Aksi ‘Hormat’
Cuaca hangat di luar juga turut dirasai janin. Misalnya ketika berada di pantai yang terdedah dengan bahang mentari dengan mengenakan pakaian yang nipis dan jarang, janin akan melakukan aksi ‘hormat’ iaitu menutup mata atau kepalanya kerana silau tatkala melihat cahaya yang tembus ke dalam perut.

Fahami Kaedah Membaca Gerakan Janin
Waktu terbaik untuk anda mengamati gerakan janin adalah pada sebelah malam iaitu ketika anda sedang berehat di rumah. Apabila kandungan telah memasuki trimester tiga, bacaan yang sesuai adalah bermula daripada sebelah pagi.

Sekiranya anda merasa gerakan janin, sama ada kuat atau perlahan, bermakna janin anda dalam keadaan baik. Apabila janin anda tidak aktif seperti biasa, kemungkinan ia dalam keadaan malas. Seharusnya ibu menggerakkannya dengan mengusap perut untuk beberapa ketika. Jika janin tidak memberi tindak balas terhadap rangsangan anda dan ia berlanjutan sehingga sehari, segerakan ke hospital untuk memantau keadaannya. Kenali gerakan janin sesuai dengan usia mereka.

Jumaat, 18 Januari 2013

Petua Dapat Anak Soleh Solehah

Pertama, perlu kita mempertingkatkan ketakwaan kepada Allah SWT agar anak meniru sikap yang kita paparkan. Jangan sekali-kali meninggalkan sembahyang atau apa-apa disyariatkan kita lakukan.

Kedua, banyakkan memohon kepada Allah SWT dengan menggunakan doa yang ma’thur iaitu doa daripada al-Quran atau Hadis.

Antaranya doa terbaik yang dipetik daripada al-Quran iaitu ayat 38 surah ali-Imran : “Rabbi Hab li Min Ladunka Zurriyatan Toiyibatan, innaka sami’ud du’a.” Maksudnya: “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik, sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan.”

Begitu juga surah Ibrahim ayat 40: “Rabbij’alni muqiimas solati wamin zurriyati rabbana wa taqabbal du’a.” Maksudnya: “Wahai Tuhanku Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankan doa permohonan ku.”

Ketiga, suami isteri perlu hindarkan diri daripada sering bertengkar. Ini disebabkan, pertengkaran itu boleh menyebabkan wujud suasana tidak harmoni dalam hubungan suami isteri dan dibimbangi mempengaruhi anak.

Keempat, jauhi daripada melakukan perkara fasik atau maksiat. Apabila ibu atau ayah sukakan perkara maksiat boleh membawa kerosakan besar dalam hubungan suami isteri, begitu juga anak. Berusahalah mewujudkan suasana baik sebagai mana firman-Nya dalam surah ar-Rum ayat 21 yang bermaksud: “Dan antara tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki) isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati (Sakinah) dan hidup mesra dengannya dan dijadikan-Nya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang (mawaddah) dan belas kasihan (rahmah)…”

Kelima, banyakkan membaca al-Quran ketika mengandung. Tidak semestinya membaca ayat pilihan seperti surah Yusuf dan surah Maryam. Sebaik-baiknya, baca sehingga khatam kemudian diulang. Begitu juga apabila anda ingin membesarkan anak, dengarkan anak dengan bacaan al-Quran kerana ia boleh mempengaruhi jiwanya.

Khamis, 17 Januari 2013

Pemakanan Ketika Hamil


Bagi ibu hamil, penting untuk mempelbagaikan hidangan makanan bagi memperoleh semua keperluan nutrisi untuk ibu dan bayi. Makanan yang perlu dimakan ketika hamil termasuk:

Buah-buahan dan sayur-sayuran untuk lima hidangan sehari termasuk snek, jus dan salad.

Makanan berkanji seperti roti, nasi, pasta, ubi kentang serta memperbanyakkan bijirin penuh.

Makanan berprotein tinggi seperti daging, ayam, ikan, telur, kekacang (soya). Namun wanita digalakkan memperbanyakkan makan ikan sekurang-kurangnya dua kali seminggu.

Makanan berkalsium tinggi seperti susu, dadih dan keju.

Makanan berserat tinggi seperti sayur-sayuran, buah-buahan, bijirin dan kekacang sebagai makanan kegemaran kerana ia boleh mengelakkan sembelit.

Makanan basah seperti ikan, ayam dan daging harus dibeli segar dan dijamin kebersihannya. Pastikan sayur-sayuran dan buah-buahan juga segar dan tidak mengandungi racun serangga (kebiasaannya, sayur berlubang dimakan ulat atau serangga tiada racun serangga).

Ikan mengandungi protein, mineral, vitamin D dan asid lemak omega-3 yang tidak akan dibekalkan kepada bayi jika wanita itu langsung tidak mengambil ikan. Bagi makanan yang dibungkus atau dalam tin, baca label makanan yang menunjukkan kandungan nutrisi dan kalori makanan. Terdapat juga label makanan yang memberikan cadangan hidangan bersesuaian bagi diet seharian.

Periksa label makanan sebelum membelinya supaya makanan itu dapat dipastikan:

1. Halal kerana akan menjadi darah daging kita dan bayi.

2. Berkhasiat untuk kesihatan bayi.

3. Perhatikan tarikh luput serta pembungkus dan tin makanan dalam keadaan sempurna (tiada kebocoran, tercemar atau kemek). Walaupun nampak remeh, ia sebenarnya penting kerana makanan yang tercemar atau sudah luput tarikh boleh menyebabkan keracunan makanan sekali gus memudaratkan kesihatan bayi.

Makanan yang perlu dielakkan ibu hamil termasuk:

1. Makanan laut mentah seperti tiram atau sushi.

2. Makanan laut yang tidak dimasak dengan sempurna.

3. Bahan makanan stimbot yang tidak dimasak sepenuhnya. Pastikan sup dididihkan setiap kali bahan baru ditambah terutama bagi makanan laut bercengkerang, daging dan telur.

4. Hati serta organ dalaman haiwan perlu dielakkan kerana berkemungkinan mengandungi bentuk retinol vitamin A dalam jumlah yang tinggi dan ini tidak baik untuk bayi yang sedang membesar.


Ibu mengandung dilarang sama sekali makan makanan mentah atau separuh masak. Makan makanan yang berkhasiat yang di masak penuh.

Bengkak Susu


Apakah yang boleh dilakukan untuk merawat payudara bengkak?

♥ Pertama, ingatlah bahawa payudara bengkak adalah tanda yang positif, iaitu anda sedang menghasilkan susu untuk menyusui bayi anda, dan tidak lama lagi, dengan bantuannya, anda akan menghasilkan jumlah yang sesuai. Sehingga itu:
Pakailah coli menyusu yang memberi sokongan, termasuk pada waktu malam. Pastikan ia benar-benar padan dan tidak terlalu ketat.

♥ Susukan bayi anda dengan kerap, iaitu setiap dua atau tiga jam, walaupun anda terpaksa mengejutkan bayi anda daripada tidur. Pastikan bayi anda menyusu daripada kedua-dua belah payudara pada setiap penyusuan. Cuma pastikan sebelah yang pertama tadi telah dihisap sepenuhnya sebelum memberikan yang sebelah lagi. Pada sesi penyusuan yang berikutnya, mulakan dengan sebelah payudara yang terakhir dihisap.

♥ Mungkin sukar untuk bayi anda melekap pada payudara anda apabila areola, iaitu kawasan kulit gelap disekeliling puting, sangat keras. Untuk memastikan bayi anda melekap dengan betul, perah dengan tangan atau pam susu keluar sehingga areola menjadi lembut. Satu cara untuk memudahkan pengeluaran susu ialah dengan meletakkan tuala panas di dada, ataupun mandi dengan air suam sebelum memerah. Air suam mandian itu sendiri mungkin boleh menyebabkan susu keluar dengan sendirinya dan dapat melembutkan areola. Ini mungkin akan memakan masa. Sabarlah, dan teruskan mencuba!

♥ Jika payudara terlalu penuh dengan susu, menggunakan pam sekali-sekala untuk mengeluarkan susu berlebihan adalah elok dan tidak akan memburukkan keadaan. Penghasilan susu yang berlebihan hanya akan berlaku jika si ibu mengepam lebih daripada keperluan bayinya sedangkan bayi itu sudah menyusu dengan baik.

♥ Semasa bayi sedang menyusu, urut payudara yang sedang dihisapnya perlahan-lahan. Ini dapat membantu pengaliran susu dengan lebih lancar dan turut melegakan sedikit ketegangan dan ketidakselesaan pada payudara.


♥ Jika anda tidak dapat menahan sakit, anda boleh ambil ubat tahan sakit seperti parasetamol.

♥ Pandang ke hadapan. Anda akan melepasi fasa ini dengan cepat dan tidak lama lagi dapat menikmati hubungan penyusuan dengan bayi anda yang sedang membesar.