Sekadar berkongsi info berguna utk semua....^_^

Sekadar berkongsi info berguna utk semua....^_^
"Jadikanlah masa yang berlalu itu pengalaman dan pengajaran, masa yang sedang berjalan kita isi dengan amalan dan masa hadapan jangan terlalu diangan-angankan" "Kita ini semuanya sama,tiada beza muda ataupun tua,jangan menyombong atau takbur sesama manusia,sekalipun kita berpangkat atau berilmu-kerana di sisi ALLAH SWT kita semuanya sama - cuma yang membezakan kita hanyalah AMAL dan TAQWA"

Isnin, 9 Januari 2012

Penjagaan Gigi Dan Gusi Ketika Hamil

Penjagaan Gigi Semasa hamil sangatlah penting,malah gusi anda mudah bengkak dan mendapat jangkitan. Kebanyakan ibu hamil akan mengalami sedikit pendarahan pada gusi mereka. Ia biasanya terjadi semasa memberus atau melalukan flos di celah gigi. Gusi yang bengkak dipanggil 'gingivitis'. Gusi yang terkena jangkitan pula dipanggil 'periodontal disease'.

Anda juga mungkin mengalami keadaan perembesan air liur lebih banyak daripada biasa.

Punca Perubahan Keadaan Gigi dan Gusi semasa Hamil

* perubahan hormon
* bertambahnya pengaliran darah dalam badan anda mengakibatkan gusi anda bengkak, menjadi sensitif dan berdarah.

Apa yang Anda Boleh Lakukan
Pastikan anda menjaga kesihatan dan kebersihan gigi dan gusi semasa hamil ini. Jika masalah gingivitis tidak dipedulikan, ia mungkin menyebabkan masalah gusi yang serius.

Ikuti langkah ini:

gosok gigi sekurang-kurang 2 kali sehari
gunakan berus yang lembut dan gosok secara perlahan-lahan dan berhati-hati.
jika gigi anda sensitif, gunakan ubat gigi khas untuk gigi sensitif.
jika gusi berdarah, rawat dengan ketulan ais
flos gigi setiap hari. Jika boleh, setiap kali selesai makan.
kurangkan gula dan makanan manis termasuk biskut, kek dan minuman soda
dapatkan pemeriksaan gigi secara berkala.

Bila Anda Perlu Jumpa Doktor
Tanya doktor anda jika anda alami keadaan berikut:

Gusi berdarah dengan banyak
Gusi sangat sakit
Nafas berbau busuk, tidak hilang walaupun selepas memberus gigi
Gigi longgar dan tercabut
Ada benjolan atau ketumbuhan dalam mulut
Gigi terasa sakit

Kenapa Perlu Risau

Jangkitan pada gusi boleh membahayakan anda dan juga bayi dalam kandungan. 'Periodontal disease' boleh menyebabkan komplikasi termasuk kelahiran pramatang dan bayi lahir kurang berat badan.

Jadi, jaga kesihatan gigi dan gusi, dan dapatkan pemeriksaan gigi dan gusi di klinik berhampiran anda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan