Sekadar berkongsi info berguna utk semua....^_^

Sekadar berkongsi info berguna utk semua....^_^
"Jadikanlah masa yang berlalu itu pengalaman dan pengajaran, masa yang sedang berjalan kita isi dengan amalan dan masa hadapan jangan terlalu diangan-angankan" "Kita ini semuanya sama,tiada beza muda ataupun tua,jangan menyombong atau takbur sesama manusia,sekalipun kita berpangkat atau berilmu-kerana di sisi ALLAH SWT kita semuanya sama - cuma yang membezakan kita hanyalah AMAL dan TAQWA"

Rabu, 27 Jun 2012

N.A.N.A.S



Mengapa wanita2 kita sangat takut, malah ada pantang langsung makan buah nenas padahal buah ini banyak khasiat kesihatan, banyak kandungan vit C dan juga enzim yg digelar Bromelain yg bertindak membersihkan darah2 beku dan sel2 dan tisu yg mati ketika pembedahan. Ia sangat berguna sebagai makanan lepas bedah dan lepas bersalin.

p/s : ni lia copy paste dari wall  Dr Hamid Arshat

Isnin, 18 Jun 2012

Demam Sawan


2 -5% kanak-kanak boleh menghidap sawan deman dan lazimnya ini adalah sawan yang biasa.

• Sawan demam biasanya berlaku pada kanak-kanak berumur 6 bulan hingga 6 tahun dan khususnya anak kecil yang baru bertatih (toddler).
• Lebih kurang 1 daripada 25 kanak-kanak akan mengalami sawan demam sekurang-kurangnya sekali.
• Sawan demam jarang terjadi kepada kanak-kanak yang berumur < 6 bulan atau melebihi umur 3 tahun.
• Jika sawan demam ini berlaku di kalangan kanak-kanak yang lebih tua, risiko untuk mendapat sawan demam yang berulang-ulang adalah lebih rendah.


Sawan demam adalah sawan yang disebabkan oleh demam panas dikalangan bayi atau kanak-kanak kecil yang normal. Diagnosa sawan demam hanya boleh dibuat selepas mengecualikan sebab-sebab lain selain dari demam sahaja.

Tanda-Tanda dan Gejala
• Anak akan tidak sedar diri dan menyentak kedua-dua kaki dan tangan.
• Kadang-kadang anak mungkin boleh menjadi kejang atau menyentak satu atau lebih bahagian badan, seperti satu tangan atau satu kaki. Kekejangan boleh berlaku pada satu bahagian badan sahaja.
• Sawan demam jarang melebihi satu atau dua minit. Dalam kes dimana sawan melebihi 5 minit, kanak-kanak tersebut perlu di bawa ke klinik berdekatan.
• Semasa sawan, kanak-kanak mungkin tercedera (akibat jatuh) atau mungkin tercekik makanan/air liur di dalam mulut.
• Kebanyakan kanak-kanak dengan sawan demam mengalami suhu badan tinggi melebihi 38.5C
• Kanak-kanak dengan sawan demam tidak semestinya mendapat epilepsi (epilepsi atau "sawan babi" adalah kejadian sawan yang berulang-ulang dan tidak dicetuskan oleh demam).
• Kebanyakan sawan demam berlaku pada hari pertama kanak-kanak demam

Faktor-Faktor Risiko
Usia muda (kurang daripada 15 bulan) semasa serangan sawan yang pertama.
• Sawan terjadi sejurus selepas demam bermula atau bila suhu badan adalah normal.
• Sejarah sawan demam di kalangan ahli keluarga terdekat (ibubapa dan adik-beradik)
• Sejarah penyakit epilepsi (sawan babi) di kalangan ahli keluarga terdekat.
Sawan demam yang berlarutan (melebihi 30 minit) tidak meningkatkan risiko sawan demam berulang.
Kesan Jangkamasa Panjang
• Majoriti besar sawan demam adalah tidak membahayakan.
• Tidak ada bukti kukuh yang mengatakan bahawa sawan demam boleh menyebabkan kerosakan otak.

Ada kajian mendapati kanak-kanak dengan sawan demam memperolehi pencapaian yang normal di sekolah dan dapat menjalani ujian kecerdasan dengan baik seperti adik-beradik lain (yang tidak mengalami sawan demam).

Terdapat juga kes yang jarang berlaku - iaitu sawan yang sangat lama (lebih dari satu jam) - didapati kanak-kanak tersebut juga pulih sepenuhnya. Kira-kira 3% daripada kanak-kanak mengalami sawan demam akan mendapat epilepsi.

Ini termasuk kanak-kanak dengan:

• Sawan demam yang panjang, melibatkan satu bahagian badan sahaja atau berulang dalam masa 24 jam.
• Perkembangan yang lambat.
• Ahli keluarga lain yang mengidap epilepsi.

Kanak-kanak tanpa sebarang risiko hanya mempunyai 1% peluang untuk mendapat epilepsi selepas sawan demam (risiko yang sama seperti orang lain).

Rawatan
Mengambil langkah-langkah kecemasan.

Mengawal Sawan
• Majoriti kanak-kanak tidak memerlukan ubatan.
• Jika sawan berpanjangan melebihi 5 minit, ubat diazepam (Valium) melalui dubur perlu diberi.

Kemasukan ke Hospital
Tidak semua kanak-kanak dengan sawan demam perlu di masukkan ke hospital. Walaubagaimanapun, kemasukkan ke hospital mungkin perlu jika:

• Takut sawan akan berulang
• Untuk memastikan tiada jangkitan di otak atau lain-lain penyakit.
• Untuk mencari dan merawat penyebab demam selain jangkitan otak.
• Untuk mengurangkan kebimbangan ibubapa.

Ujian makmal tidak diperlukan untuk mendiagnosakan sawan demam. Walaubagaimanapun, doktor mungkin membuat beberapa ujian untuk mencari penyebab demam dan apabila dijangka ada jangkitan di otak, tebukan spinal (lumbar puncture) mungkin perlu dijalankan.

Mencegah Demam Sawan

• Beri ubat-ubatan seperti paracetamol atau ibuprofen untuk menurunkan demam
• Mandi berjelum seluruh badan dengan air paip (bukan air sejuk).
• Beri anak anda minuman sejuk. Ini akan membantu menurunkan suhu badan dan mengekalkan hidrasi.
Pencegahan Sawan dari Berulang
• Majoriti kanak-kanak tidak perlu ubatan untuk mengelakkan sawan.
• Memberi ubat mengelakkan sawan (seperti Phenobarbital atau valproate) tidak digalakkan kerana tiada bukti ubatan ini boleh menghalang sawan demam dan pemberian ubatan ini boleh mendatangkan kesan-kesan sampingan

Selasa, 12 Jun 2012

Petua Merawat Gastrik

1. Susu Kambing - Amalkan meminum susu kambing yang baru diperah. Jika sukar untuk mendapatinya, boleh juga amalkan meminum susu kambing yang dijadikan susu tepung. Amalkan meminumnya setiap hari.

2. Daun Betik - Ambil sehelai dua daun betik rambai atau akarnya dan rebus. Air rebusan itu diembunkan semalaman dan minum setiap hari sebelum masuk tidur.

3. Akar Patawali - Akar patawali juga boleh dijadikan sebagai penawar penyakit gastrik. Caranya ialah dengan merebus akar patawali ini dan minum air rebusannya setiap pagi. Harus diingatkan akar patawali adalah sangat pahit.

4. Selaput tunggul - Ambil tujuh helai daun selaput tunggul. Ramaskan daun-daun tersebut dengan sedikit air sehingga menghasilkan air berwarna hijau. Campurkan dengan susu segar dan minum setiap malam.

5. Daun sembong - Ambil daun sembong sebanyak lima helai dan direbus dengan tiga gelas air. Biarkan mendidih sehingga tinggal kira-kira setengah gelas dan campurkan dengan sedikit garam. Amalkan meminumnya setiap pagi sebelum mengambil sarapan pagi.

6. Daun mengkudu - Ambil lima helai daun mengkudu dan rebus. Daun yang sudah direbus itu, boleh lah dimakan dengan kicap.

7. Daun bunga lili - Layurkan daun lili ke atas sapu. Kemudian, sapukan minyak kelapa ke atas daun yang telah layu itu. Ambil sedikit asam jawa dan ramaskan, kemudian tempekkan pada perut, manakala daun bunga lili dijadikan sebagai pembalut.

8. Tempurung kelapa - Tempurung kelapa yang tidak terlalu tua dibakar hingga jadi arang dan dimasukkn ke dalam air secukupnya. Tapiskan dan ambil airnya. Minumlah air tersebut setiap pagi dan petang.

Jumaat, 8 Jun 2012

Tanda-Tanda Kita Berfikiran Negatif


1. Kita memandang rendah pada apa yang orang lain buat, bakat dirinya, pencapaiannya dan usahanya.

2. Kita memperbodohkan orang semata-mata untuk menjadikan kesilapannya sebagai bahan ketawa.

3. Kita cepat melihat yang buruk dalam apa sahaja situasi, benda, perkara.

4. Kita selalu suka komen, mengutuk, mengkritik, hentam belakang.


5. Kita suka bercerita keburukan orang - ahli politik, kawan, kekasih, suami, isteri atau keluarga 6. Kita tidak pernah terfikir untuk merasa bersyukur.


7. Kita susah sekali meminta maaf dan tidak mahu melafazkan kemaafan.


8. Kita sukar melupakan orang yang pernah berbuat salah pada diri kita.


9. Kita banyak bercakap untuk menampakkan diri kita tahu banyak perkara, peka semua berita. Cakapan orang lain tidak penting bagi kita, kerana mereka hanya tahu sedikit sahaja, tidak setanding diri kita.


10. Kita suka menyalahkan orang lain setiap kali timbul masalah.


11. Kita lebih banyak menggunakan bahasa sindiran pedas dari cakapan berterus terang secara berhemah.


12. Kita sakit hati melihat orang lebih berjaya dari diri kita atau apabila melihat orang lebih lebih maju dari kita.


13. Kita menganggap orang lain menunjuk-nunjuk, seolah-olah mencabar kita, sedangkan sebenarnya mereka tidak begitu.


14. Cakap tidak berlapik, tidak sopan, main ikut suka hati.

Jumaat, 1 Jun 2012

Puisi Khas Buatmu



Sayang….
Tahukah kau…
Apa yang aku fikirkan di saat aku sedang sendirian,
Aku selalu memikirkanmu
Tentang cinta kita yang terbina..
Tentang harapan dan impian kita selama ini…
Mungkinkah kan menjadi realiti?

Sayang….
Di kejauhan ini
Izinkan aku untuk merinduimu
Izinkan aku untuk terus berlindung
Serta bahagia bersamamu
Aku rasa bahagia dan bersyukur padamu TUHAN
kerana memberiku ruang dan peluang untuk merasai kebahagiaan ini

Buatmu insan tersayang…
Terima kasih ku ucapkan,
Sesungguhnya tiada lain di hati ini selain dirimu
Ku harap agar kau kan terus menyayangi diriku
Seperti mana diriku menyayangimu sepenuh hati.
Aku ingin selamanya bersama mu,
Aku sayang padamu