Sekadar berkongsi info berguna utk semua....^_^

Sekadar berkongsi info berguna utk semua....^_^
"Jadikanlah masa yang berlalu itu pengalaman dan pengajaran, masa yang sedang berjalan kita isi dengan amalan dan masa hadapan jangan terlalu diangan-angankan" "Kita ini semuanya sama,tiada beza muda ataupun tua,jangan menyombong atau takbur sesama manusia,sekalipun kita berpangkat atau berilmu-kerana di sisi ALLAH SWT kita semuanya sama - cuma yang membezakan kita hanyalah AMAL dan TAQWA"

Jumaat, 30 November 2012

Perkara perlu dielakkan sewaktu hamil


* Penjagaan kuku tangan kaki - Anda sering mendapatkan rawatan kuku di salun sebelum ini. Jika boleh, elak melakukannya ketika hamil, terutama pada tiga bulan pertama usia kandungan anda.

Ini kerana kecantikan yang digunakan mengandungi bahan kimia. Lebih baik anda mengambil langkah berjaga-jaga menghindarinya.

* Jalani rawatan muka - Jika sekadar mencuci biasa menggunakan produk bebas daripada bahan kimia, tidak mengapa. Namun, pastikan produk digunakan bersih dan tidak mengandungi bahan berbahaya.

* Mewarna rambut - Seboleh-bolehnya elakkan, terutama pada trimester pertama kehamilan, kerana dikhuatiri bahan kimia dalam pewarna meresap ke dalam kulit dan menimbulkan risiko jangkitan terhadap kandungan.

* Kasut bertumit - Tak perlu bergaya dengan kasut bertumit ketika hamil kerana semakin bertambah usia kehamilan, semakin bertambah berat badan yang mempengaruhi graviti tubuh dan mudah membuat ibu hamil hilang keseimbangan serta terjatuh.

* Ubat nyamuk - Elak apa saja jenis ubat nyamuk tidak kira jenis semburan, yang dibakar atau sapuan sekalipun. Ubat nyamuk mengandungi bahan kimia berbahaya dan boleh menjejaskan kandungan anda.

* Derma darah - Ibu hamil tidak digalakkan menderma darah disebabkan mudah mengalami anemia (kekurangan darah) sedangkan anda perlukan banyak darah untuk kehamilan.

* Bawa barang - Elak membawa barang berat, apatah lagi setelah kehamilan memasuki trimester terakhir.

* Durian - Elak memakan durian, terutama pada trimester pertama kehamilan, kerana ia boleh merangsang kontraksi yang akhirnya menyebabkan keguguran.

* Kapal terbang - Elak menaiki kapal terbang pada trimester terakhir kehamilan, apatah lagi jika anda tergolong dalam kehamilan berisiko atau menghadapi masalah kesihatan. Tekanan di udara boleh menambah risiko terhadap kehamilan.

* Gincu bibir - Jika anda suka memakai gincu ketika hamil, elakkan tabiat suka menjilat bibir. Bahan pengawet dan pewarna di dalam gincu jika tertelan boleh membahayakan janin.

* Krim pemutih - Lupakan krim pemutih ketika ini. Kandungannya boleh menjejaskan kesihatan anda dan janin.

* Ubat jerawat - Wajah anda dipenuhi jerawat setelah mula hamil? Ia perkara biasa kerana faktor perubahan hormon untuk proses kehamilan. Lupakan seketika penggunaan ubat jerawat kerana ia mungkin membahayakan pertumbuhan janin anda. Cara lebih selamat, kerap mencuci muka untuk mengurangkan penghasilan minyak yang menyebabkan jerawat. Atasi jerawat setelah melahirkan nanti.

Nutrisi penting sewaktu hamil
* Protin - Pastikan tiga makanan utama diambil mengandungi protin tinggi seperti kekacang, daging, telur keju yang berfungsi membina tisu dan otot bayi

* Kalsium - Banyakkan pengambilan susu, ikan dalam tin, kacang soya, tauhu dan produk tenusu yang penting untuk menguatkan tulang dan gigi bayi

* Zat besi - Banyakkan pengambilan daging merah bagi melancarkan perjalanan darah bayi dan ibu di samping vitamin C. Misalnya tiram, buah kering, kacang soya, bijirin, roti gandum dan kekacang

* Asid folik - Ia sangat penting dalam kehamilan. Ia membantu mengatur pembentukan sel saraf 'embryonic' dan 'fetal' yang penting untuk tumbesaran normal. Banyakkan pengambilan makanan mengandungi asid folik seperti barli, daging lembu, beras perang, keju, ayam, buah kurma, sayuran berdaun hijau, daging kambing, hati, susu, cendawan, oren, ikan salmon, tuna, gandum dan bijirin

* Serat - Banyakkan mengambil makanan serat tinggi kerana ia berperanan menghalang penyerapan zat gizi lain seperti lemak, karbohidrat dan protein. Makanan seperti buah-buahan, roti gandum, bijirin dan bertih jagung

* Air - Amalkan meminum air putih lapan hingga 12 gelas sehari. Tubuh ibu mengandung juga memerlukan cecair seperti susu, jus dan sup

Makanan tambahan sewaktu hamil
Pengambilan makanan tambahan dengan dos berlebihan boleh membahayakan ibu kerana ia larut dalam lemak. Paling penting adalah kalsium, asid folik dan zat besi.

Makanan yang harus dielak sewaktu hamil
Makanan mentah dan separuh masak, misalnya kafein, sushi, telur separuh masak, steak, makanan ringan, alkohol dan nikotin kerana mengakibatkan gejala tidak elok. Gula juga tidak digalakkan kerana boleh menyebabkan komplikasi seperti kencing manis ketika mengandung. Ia juga boleh menyebabkan bayi besar.

Isnin, 19 November 2012

Petua Menangani Suami Merajuk

Biasanya suami tidak merajuk. Kerana yang merajuk hanyalah orang perempuan yang menggunakan emosi dan bahasa badan untuk menyampaikan mesej kepada orang lain terutama sekali kepada orang yang disayangi. Merajuk terjadi apabila usaha seseorang wanita untuk menyampaikan sesuatu mesej melalui lisan sudah tidak berkesan. Maka dia gunakan strategi bahasa badan dengan
menyendiri atau "boikot" sesuatu aktiviti dengan harapan pasangan itu sedar, faham dan datang menyatakan kemaafan.

Peringkat perempuan mendiamkan diri, tidak mahu bercakap ini adalah peringkat yang sudah parah. Tetapi masih ada lagi harapan jika pasangan itu sedar dan kembali dengan kemaafan. Peringkat yang teramat parah dan tidak boleh disembuh lagi ialah apabila wanita ini sudah tidak kisah lagi kemana dia pergi, apa dia nak buat, dan dengan siapa dia ingin berjumpa.

Jadi, bagaimana lelaki "merajuk"? Lelaki memang kurang menggunakan emosinya. Dia lebih menggunakan panas barannya untuk bertindak. Larinya suami ini bukan bererti dia merajuk.

Tujuannya ialah:

1. Untuk menenangkan kemarahan dalam dirinya, jika dia tunggu, dikhuatiri dia akan lebih marah.

2. Untuk menenangkan fikiran isterinya. Ini berdasarkan minda lelaki sebagaimana dia memisahkan dirinya daripada keadaan yang tegang itu. Memang perempuan akan terus bercakap untuk menenangkan fikiran. Tetapi kefahaman lelaki berbeza.

3. Jika dia marah, biasanya keupayaan lisannya terhenti. Dia membisu. Dia tidak mampu untuk berkata-kata semasa dia marah. Dia hanya mampu untuk membalas kata-kata atau dengan menjawab menggunakan tindakan yang extreme seperti penampar, penumbuk atau sepak terajang.

Apa peranan isteri kalau suami merajuk dan tinggalkan anda semasa anda sedang marah atau berleter?

1. Positiflah kepadanya. Dia sedang menenangkan fikirannya.

2. Bersyukurlah kerana jika dia tunggu juga, dia akan membelasah anda.

3. Beritahu dia awal-awal, yang anda ingin mendengar sekejap hasrat di hati dan ingin menyampaikan sesuatu padanya. Skripnya demikian "Abang, saya nak mengadu satu hal, saya minta abang dengar aje. Saya minta hanya 10 minit aje.. Ok, kalau abang dah bersedia.. beritahu saya ya". Pasti dia sanggup mendengarnya.

4. Kalau dia kembali semula, sediakan minuman kegemarannya. Bawa cerita lain dahulu. Biarkan suami sendiri yang memulakan isu yang dia merajuk itu. Jika terlama sangat dia tidak membawa isu itu, anda bolehlah buka semula semasa dia dalam keadaan atau mood yang baik dan bersedia menerima teguran.

Sakit Kepala: Bilakah Anda Perlu Berjumpa Doktor?

Sakit kepala biasanya tidak serius, tetapi jika dibiarkan berpanjangan akan memudaratkan. Jumpa doktor jika anda mempunyai tanda-tanda amaran serius seperti berikut :

• Demam.

• Jika anda melebihi 40 tahun.
• Tidak berkurangan selepas pengambilan ubat tahan sakit yang ringan.
• Sakit kepala sangat kerap dan teruk.
• Sakit kepala yang berbeza dari yang biasa anda alami.
• Lebih teruk dengan batuk atau bersin.
• Selepas kemalangan yang melibatkan kepala.
• Kejang tengkuk/leher.
• Khayal/lali.
• Sawan.
• Rasa lemah dan kebas.
• Kabur penglihatan atau buta.
• Sakit kepala melebihi seminggu, lebih teruk di waktu malam atau awal pagi.
• Loya, muntah.
• Hilang selera makan dan susut berat badan.
• Seseorang pengidap darah tinggi, penyakit kanser dan HIV
Pencegahan
• Tangani tekanan anda dengan baik.
• Ketahui teknik-teknik untuk bertenang.
• Pemakanan seimbang.
• Kerap bersenam.
• Berhenti merokok.
• Amalkan gaya hidup sihat

Perlukah anda menjalani pemeriksaan CT-brain?
• Keutamaan diberi kepada kes-kes yang mempunyai tanda-tanda amaran ‘red flag’ atau menunjukkan tanda-gejala jangkitan atau ketumbuhan dalam otak .
• Kajian mendapati hanya 1 % pengidap sakit kepala menunjukan keputusan yang positif.

Jerawat di Anggota Badan

DAHI - Jerawat di dahi disebabkan haba badan melampau, peredaran darah tidak baik. Minda dan badan anda mungkin terlampau letih. Amalkan tidur awal dan bangun awal. Dapatkan tidur yang mencukupi dan minum air banyak.

HIDUNG - Jerawat di batang hidung bermaksud tulang belakang anda mungkin bermasalah. Jika di hujung hidung mungkin kerana haba perut melampau dan sisitem penghadaman tidak normal. Di salah satu hujung hidung pula boleh dikaitkan dengan masalah ovari atau sistem reproduksi.

DAGU - Fungsi buah pinggang terjejas atau sistem endokrin (rembesan dalaman) lemah. Kaum wanita mudah mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin berpunca daripada haid yang tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah.

PIPI KIRI - Fungsi hati mungkin kurang lancar termasuk dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah.

PIPI KANAN - Fungsi paru-paru mungkin tidak normal.

PADA BADAN (BELAKANG & DEPAN) - Sistem perkumuhan yang bermasalah, sembelit. Amalkan pemakanan yang sihat dan ikuti piramid pemakanan bagi mempastikan toksin tersingkir dengan lebih baik.

Jumaat, 16 November 2012

Petua Untuk Badan Sentiasa Ramping

1. Berjalan kaki, sekurang-kurangnya 15 minit setiap hari. Jika asyik naik lif di pejabat atau rumah. Cubalah naik dan turun
dengan tangga.

2. Minum air kosong lapan gelas sehari. Ia membantu membuang toksin daripada badan. Segelas air kosong juga boleh diambil sebelum makan kerana ia memberikan rasa kenyang sekali gus menghindarkan diri daripada rasa lapar berlebihan.

3. Sarapan setiap pagi usah diabaikan. Mereka yang tidak bersarapan cepat lapar dan mendorong diri untuk makan lebih banyak pada waktu tengah hari.

4. Banyakkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran kerana ia baik untuk sistem pencernaan serta dapat menurunkan kadar kolesterol badan.

5. Jangan makan hingga perut sudah kenyang. Jika sayang makanan berlebihan, ia boleh disimpan.

6. Kawal diri supaya tidak makan makanan berlemak dan bergoreng secara berlebihan. Makanan dikukus atau direbus lebih elok untuk kesihatan.

7. Tidur dapat mempercepatkan kadar metabolisme badan sebanyak 40 peratus. Oleh itu, pastikan anda mendapat tidur secukupnya setiap hari.

8. Senaman yang sesuai mengikut bahagian badan elok dilakukan setiap kali bangun di waktu pagi. Apabila bangun pagi, rajinkan tangan membersihkan rumah. Mungkin ia tidak sehebat senaman di luar tetapi aktiviti berkenaan tetap membantu dari segi pembakaran kalori dalam badan.

KENAPA BABY COMEL KITA TERSEDAK SUSU ..?

Tak lama dulu kita ada mendengar kes kematian bayi akibat tersedak susu, boleh dikatakan
setiap bulan ade saja kes sebegini dilaporkan.Bayi hanya insan yang kecil tidak mengenali apa-apa lagi perbuatan manusia ,tidak mampu untuk mengalihkan botol susu tersebut hanyalah mengharapkan insan-insan disekeliling menjaganya.

Apabila terjadinya kejadian seperti itu sudah tentu sekali ibu bapa tersebut berasa amat sesal kerana kecuaian mereka atau pengasuh yang tidak ambil berat tentang keselamatan bayi tersebut.


Sebab-sebab bayi tersedak susu

Apabila seorang bayi tertidur semasa sedang menghisap botol susu, susu itu akan terus mengalir membuatkan bayi tersedak dan susu akan terus masuk ke saluran pernafasan dan paru-paru mereka. Lubang puting botol yang terlalu besar juga boleh menyebabkan susu akan terus mengalir tanpa henti ketika bayi tertidur. Tabiat ibu bapa meletakkan bantal atau kain untuk menyokong botol susu dan meninggalkan bayi keseorangan Kedudukan bayi semasa minum susu adalah salah.


Cara yang Betul memberi minum susu kepada bayi.


- Ketika menyusu tidak kira susu botol atau susu badan, pastikan kedudukan kepala bayi lebih tinggi daripada dada dan perutnya. Botol susu pula mesti dipegang dalam kedudukan tidak lebih 45 hingga 60 darjah supaya air susu tidak tersekat pada tekak dan menyebabkan bayi lemas.

- Pastikan juga lubang puting botol tidak terlalu besar bagi mengelakkan angin masuk ke dalam perut bayi (Belilah mengikut kesesuaian umur anak).

- Sekiranya menyusu badan, pastikan kawasan puting masuk sepenuhnya ke dalam mulut bayi.

- Elakkan memberi susu dengan meletakkan bayi di atas lantai, sebaiknya pangku bayi seperti mana teknik menyusu badan.

- Selepas menyusu, sendawakan bayi untuk mengeluarkan angin dan mengelak bayi muntah ketika tidur.


Cara Rawatan jikalau Bayi Tersedak susu

- Tiarapkan bayi kemudian tepuk belakang badan beberapa kali sehingga cecair atau bahan makanan yang menyekat saluran pernafasannya keluar..

- Sekiranya bendasing di dalam mulut bayi tidak keluar,dalam keadaan duduk menghadap kehadapan tekan bahagian dada dengan menggunakan hujung genggaman tangan secara perlahan

- Selain menekan bahagian perut bayi boleh dibaringkan. Kemudian tekan dan picit bahagian dada beberapa kali menggunakan kedua-dua ibu jari sehingga bayi dapat bernafas semula.

Semoga dengan adanya tips ini kita tidak akan panik dan boleh mengatasi masalah bayi tersedak, bukan hanya untuk ibu bapa tapi untuk semua jikalau berlaku pada bayi yang lain dan kita ada ditempat kejadian kita boleh membantu menolong bayi tersebut, ingatlah bayi adalah anugerah Allah SWT yang amat bernilai dan berharga, kasihi mereka dengan memberi kasih sayang yang sempurna.

Jumaat, 9 November 2012

Petua Untuk Menghilangkan Jerawat

Pilihan 1: Campurkan air limau nipis dengan 1 sudu minyak masak. Sebelum anda tidur, sapukan campuran tersebut ke seluruh muka anda. Sekiranya anda berasa pedih, ia hanya sementara sahaja. Keesokkan harin
ya, ambil beberapa keping asam gelugur (asam keping) dan rendam dalam air panas. Setelah sejuk atau suam, basuhlah muka anda dengan air tersebut.

Pilihan 2: Ambil asam jawa dan gosokkan ke seluruh muka anda. Gosokkan pada tempat -tempat yang berparut. Biarkan dalam masa beberapa minit, kemudian basuh dengan air biasa. Muka anda akan menjadi licin dan bersih.

Pilihan 3: Campurkan beberapa sudu tepung ubi kayu dengan air asam jawa. Kemudian sapukan ke muka anda. Amalkan selalu seperti anda mengamalkan penggunaan bedak sejuk. Muka anda akan bertambah cerah dan lembut serta tidak berjerawat lagi.

Pilihan 4: Ambil 3 jenis akar kayu iaitu akar bunga melur, akar bunga cina dan akar kitam guri serta seketul kemenyan. Jika sukar mendapatkan ketiga-tiga akar ini, memadailah dengan 2 jenis sahaja. Semua akar tersebut diasah di buntot pasu dengan sedikit air. Sapukan ke seluruh muka anda sebagai bedak sejuk.

Pilihan 5: Parut temu lawak mengikut keperluan , kemudian campurkan dengan sedikit gula melaka . Ambil 3/4 gelas air masak dan campurkan dengan sedikit asam jawa dan 3 biji bawang merah yang ditumbuk lumat . Bancuh kesemua bahan tersebut sehingga sebati, kemudian tapis . Minumlah airnya beberapa kali.

Pilihan 6: Ambil sedikit asam jawa dan beberapa inci kunyit hidup . Tumbuk kunyit itu dan campurkan dengan asam jawa dan sedikit air. Setelah campuran itu sebati , sapu ratakan ke seluruh muka anda . Biarkan kira-kira 20 minit Kemudian ketika anda mandi, basuhlah dengan bersih. Jika selalu diamalkan, muka anda akan sukar ditumbuhi jerawat dan kulit menjadi lebih halus .

Pilihan 7: Parut jagung muda dan sapukan ke muka anda . Biarkan beberapa minit kemudian basuh hingga bersih. Selepas itu, sapukan lagi muka dengan jagung muda tadi . Kali ini biarkan hingga ke hari esoknya .

Pilihan 8: Basuh muka dengan air suam, kemudian gosoklah muka dengan tomato masak. Biarkan ia kering sendiri. Selepas itu bilas muka anda dengan air suam.

Pilihan 9: Ambil air didihan nasi yang pekat dan sapukan ke seluruh muka . Biarkan kering dan jangan menggerak-gerakkan muka. Apabila kering, bilas dengan air bersih atau jika ingin cepat berkesan , bilas dengan air suam . Jika diamalkan setiap hari selama 2 minggu berturut-turut, anda akan lihat kesannya. Kulit muka anda akan bertambah bersih dan lembut .

Pilihan 10: Giling sedikit ibu kunyit, daun pegaga, pucuk daun asam jawa, beberapa kelopak bunga mawar dan sedikit beras yang sudah direndam selama 2 malam. Apabila halus, bulat-bulatkan dan jemur sehingga kering. Jika hendak digunakan, hancurkan dengan air dan sapu ke muka sebelum tidur supaya liang roma kulit muka tidak ditutupi sebarang lapisan.

Pilihan 11: Tumbuk lumat rumput gelang sambal yang dibersihkan dengan air hujan dan dicampurkan dengan tepung beras sehingga sebati serta keringkan. Ia boleh dibuat bedak . Bersihkan kulit muka sebelum memakai bedak ini. Buat begini setiap pagi dan malam.

Pilihan 12: Amalkan memakai bedak sejuk dicampurkan dengan daun bunga Tanjung yang ditumbuk lumat bersama sedikit kapur . Kacau semua bahan ini sehingga sebati kemudian sapukan ke muka setiap malam sebelum tidur . Jika selalu diamalkan, jerawat akan kering dan pupus.

Pilihan 13: Ambil segenggam pucuk jambu batu dan uparkan (seperti menggulung) di tapak tangan . Selepas itu, gosokkan ke muka hingga ke leher. Biarkan beberapa minit supaya kering di muka. Kemudian basuhlah dengan air sejuk.

Pilihan 14: Ambil sedikit daun penggaga tumbuk sehingga lumat kemudiannya dicampurkan dengan bedak sejuk. Kemudian pakaikan pada seluruh muka. Duduk senyap-senyap dan jangan bercakap. Anda akan rasakan kulit muka anda menjadi tegang. Setelah 40minit, cuci muka anda dengan air suam. Muka akan berasa licin dan bersih. Jeragat pula akan hilang sedikit demi sedikit akibat kesan dari penggunaan daun penggaga itu. Lakukan 3 kali seminggu.

Pilihan 15: Rendam asam gelugur semalaman. Tumbuk pucuk jambu batu kemudian campurkan dengan air rendaman tersebuti. Sapukan di muka. Biarkan beberapa minit. Lakukan 3 kali seminggu.

Pilihan 16: Hancurkan beberapa helai daun pucuk jambu batu. Campurkan dengan bedak sejuk. Tepekkan di muka sebelum tidur. Amalkan setiap hari.

Pilihan 17: Giling beras dengan daun inai hingga lumat. Bulatkan adunan sebesar duit 5 sen dan jemur hingga kering. Apabila hendak menggunakannya, titis sedikit air limau nipis. Sapukan pada muka menggunakan belahan kentang.

Pilihan 18: Campurkan serbuk kayu manis dengan bedak sejuk dan sedikit air. Kemudian sapukan campuran tadi pada muka sebelum tidur. Lakukan seberapa kerap yang boleh.

Pilihan 19: Gosok beberapa helai pucuk daun tanjung pada telapak tangan, kalau boleh biar hingga lumat. Kemudian gosokkan ke muka dan biarkan kering. Basuh muka dengan air bersih. Amalkan setiap hari.

Pilihan 20: Campurkan susu tepung dengan air bersih. Kemudian tepekkan ke muka setiap malam dan setelah kering basuh kering basuh muka dengan air suam. Amalkan selalu.

Pilihan 21: Belah 2 biji tomato. Sapukan rata pada muka sebelum tidur. Biarkan sehingga kering. Buangkan biji tomato yang melekat di muka. Keesokan harinya, basuh muka dengan air bersih. Amalkan seminggu sekali.

Pilihan 22: Ambil sedikit madu lebah dan campurkan madu tersebut dengan bedak sejuk. Tekapkan bedak tersebut ke tempat yang ada kesan jerawat. Lakukan sekurang-kurangnya 2 hari sekali.

Pilihan 23: Tumbuk beberapa batang kulit kayu manis dan jadikan serbuk. Campurkan dengan sedikit air. Tempelkan pada parut jerawat.

Pilihan 24: Asah kulit kayu manis dan campurkan dengan madu lebah. Tempelkan pada muka yang berparut setiap malam. Keesokkannya, cucilah menggunakan air suam.

Pilihan 25: Kisar timun dan tapiskan airnya. Tampalkan hampas timun pada muka. Biarkan setengah jam. Kemudian cuci bersih dengan air suam.

Pilihan 26: Rendam beberapa helai daun senduduk, sedikit cekur dan segenggam beras. Kemudian giling hingga lumat. Sapukan pada parut muka 3 kali seminggu.

Pilihan 27: Tumbuk 10 helai daun sirih muda. Tempelkan pada muka terutama pada bekas jerawat. Setelah kering, cuci muka dengan air bersih. Amalkan 3 kali seminggu.

PERINGATAN:

a. Cuba elakkan sauna muka kerana ia mungkin menjadikan jerawat bertambah teruk.

b. Jaga pemakanan anda. Elakkan makanan yang mungkin membuat jerawat lebih teruk. Setiap orang mempunyai alahan kepada jenis makanan yang berlainan dari orang lain.

Pilihan 28: Masak secekak daun inai bersama 2 cawan air. Biarkan hingga mendidih. Setelah sejuk, sapukan pada jerawat. Amalkan setiap hari sehingga jerawat hilang.

Pilihan 29: Picit jerawat dengan tangan yang bersih. Selepas itu, sapukan sedikit tawas pada bekas jerawat. Lakukan selalu dan jerawat tidak akan tumbuh lagi.

Pilihan 30: Kisarkan kacang hijau dengan menggunakan sedikit air. Sapukan pada muka dan seluruh anggota tubuh semasa mandi. Biarkan selama dua hingga tiga minit. Amalkan petua ini setiap kali anda mandi.

Pilihan 31: Ambil beberapa banyak kulit timun. Tumbuk hingga lumat. Pupurkan kulit timun yang ditumbuk tadi ke muka yang terdapat kesan jerawat. Biarkan setengah jam sebelum dibersihkan. Amalkan petua ini setiap hari.

Pilihan 32: Tumbuk seulas bawang putih yang telah dibuang kulitnya. Titik pada jerawat secara melata pada muka. Lakukan sebelum tidur. Amalkan setiap malam.

Pilihan 33: Ambil sedikit tepung sagu dan dicampur dengan sedikit air. Pastikan campuran keduanya tidak terlalu pekat atau cair.
Sapukan campuran tepung sagu dan air ke seluruh muka anda macam pakai bedak sejuk. Amalkan setiap malam atau sehingga sembuh. Pada keesokan pagi, cuci muka anda yang sudah penuh dengan tepung sagu dengan air suam.

PERINGATAN:

a. Dapatkan rehat yang cukup kerana jerawat mungkin timbul dari perasaan tertekan, bermasalah dan badan yang letih.

b. Memakai pakaian bersenam atau harian yang longgar. Memakai pakaian ketat, tudung atau headband ketat dari kain yang tidak meresap peluh menambahkan pengeluaran minyak dan risiko jerawat dari kulit berminyak.

Pilihan 34: Campurkan susu, madu lebah, dan putih telur. Kacau hingga sebati. Sapukan pada muka dan biarkan selama 25 minit. Selepas itu, bilas dengan air. Amalkan selalu.

Pilihan 35: Tumbuk lumat beberapa helai daun pengaga bersama sedikit beras. Kemudian campurkan dengan bedak sejuk dan sapukan pada muka. Lakukan pada waktu malam setiap hari hingga kesan jerawat hilang.

Pilihan 36: Campurkan perahan air limau dengan sedikit tepung beras. Gaul hingga sebati dan sapukan ke muka. Biarkan seketika dan bilas dengan air. Amalkan selalu.

Pilihan 37: Parut jagung muda dan sapukan pada muka anda. Setelah itu basuh dengan bersih. Ulang semula proses ini sebelum masuk tidur dan biarkan semalaman. Cuci bersih pada keesokan harinya.

Pilihan 38: Masukkan air panas yang mendidih ke dalam sebungkus kecil daun the. Wapkan muka anda dengan air tersebut. Lakukan berulangkali. Sebelum anda masuk tidur, basuhlah muka anda dengan air suam.

Pilihan 39: Belah 2 biji tomato dan gosokkan pada muka anda. Biarkan sehingga kering semalaman. Keesokan paginya, basuh dengan air suam. Amalkan selalu.

Pilihan 40: Ambil bawang putih, buang kulitnya dan hiris nipis-nipis. Tempelkan pada muka anda yang berjerawat. Amalkan selalu.

Pilihan 41: Ambil 7 helai daun belimbing buluh yang masih muda. Tumbuk daun tersebut dan campurkan dengan parutan temulawak. Sapukan pada muka yang berjerawat. Amalkannya 4 minggu berturut-turut.

Pilihan 42: Ambil segenggam daun kelor yang baharu dipetik dari tangkainya. Tumbuk sehingga halus. Sapu pada bahagian yang berjerawat. Sebaik-baiknya anda amalkan petua ini setiap kali sebelum tidur.

Pilihan 43: Rebus temulawak dengan asam trengguli (Kayu Raja). Minum setiap hari.

Pilihan 44: Ambil beberapa helai daun jambu batu dan giling hingga halus. Campurkan bersama bedak sejuk dan tepek pada muka sebelum masuk tidur.

Pilihan 45: Ambil beberapa helai daun sirih dan tumbuk bersama beras hingga lumat. Campurkan dengan sedikit ait dan tepek pada muka sebelum masuk tidur.

Pilihan 46: Tumbuk kacang hijau hingga menjadi debu dan tambahkan yogurt untuk dibuat pencuci muka. Jerawat akan beransur hilang.

Pilihan 47: Keringkan kulit buah rambai dan kisar halus. Campur dengan sedikit air mawar atau air masak. Sapukan pada muka anda. Amalkan 3 kali seminggu.

Pilihan 48: Ambil lapisan kulit pada pokok bunga tanjung. Giling halus-halus dan jadikan ia bedak. Sebelum anda sapukan pada muka, campurkan dengan sedikit bedak sejuk dan beberapa titis air. Sapukan pada muka terutama pada bahagian yang berjerawat pada sebelah malam sebelum masuk tidur. Jadikan ia amalan harian.

Pilihan 49: Ambil kapur barus dan sedikit air limau nipis. Tumbuk kapur barus hingga lumat dan campurkan dengan air limau nipis. Sapukan pada muka anda yang berjerawat. Biarkan selama 35 minit ataupun sampai ia kering. Basuh muka anda sampai bersih dengan air suam.

Pilihan 50: Ambil beberapa helai pucuk jambu batu dan gilingkannya (atau ditumbuk) sehingga halus. Kemudian sapukannya pada bahagian yang ada jerawat. Pakailah selalu. Untuk menjadikan lebih mujarab, pakailah bersama-sama dengan bedak sejuk.

Pilihan 51: Tumbuk daun belimbing besi hingga lumat dan keluar airnya, jika tidak berair boleh tambah sedikit air. Sapukan ke seluruh muka anda sebelum tidur. Atau tunggu sehingga kering lalu basuh hingga bersih.

Pilihan 52: - Ambil daun sirih muda 2 helai dan panaskan dengan seterika. Lekapkan/tekapkan daun sirih yang panas itu ke muka anda yang berjerawat. Lakukan selalu untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.

Pilihan 53: Tumbuk kacang hijau hingga menjadi debu dan tambahkan yogurt untuk dibuat pencuci muka. Jerawat akan beransur hilang.

Pilihan 54: Ambil satu gelas air kelapa campur dengan 25 gram pasta kunyit. Biarkan semalam. Keesokan harinya, tambahkan ke dalam ramuan tersebut 3 senduk teh bubuk cendana merah. Aduk sampai merata. Simpan selama 3 hari. Setelah itu, saring ramuan dengan menggunakan kain kasa. Simpan air perasan dalam botol. Sapukan ramuan tersebut pada wajah yang berjerawat, 2 kali sehari sampai jerawat hilang.

Lamanya Menyepi


apalah yg malas sgt nak share info2 kat sini ye.. mood nak blog terjun ke gaung agaknya..
cukuplah malas nak jengah kat cni.. asyik ngadap fb dan novel2 yg byk memikat hati je...
sampai kat rmh ni dh bersarang dgn mcm2 benda...
nak kena rajin kemas rmhlah klu mcmni.. lama2 nti rmh ni di penuhi hantu2 cantik plk.. hehehe

arini plk sbb bos xde wktu pgi, brulah nak teringat bagi cantik rmh ni,
tau la x cantik mcm rmh org lain, tapi ku cuba jgk la
at least tuan rmh sendiri x sakit mata bila jengah ke sini :-)

agak2 apa lgi lah nak citer kat cni ye... nak update pasal family ke?
kerjaya ataupun minat ye...?

sebenarnya ada 1 lgi blog, tgh siapkan jgk, nak letak semua novel2 yang
mmg dalam koleksi peribadi lia..
TAPI.. yg tu pun x sempat nak buat jgk...
klu dh time ngadap tender.. apa pun xleh nak siapkan dah
aisshhhh... lepas2 ni  confirm la kena rajinkan diri update...
selain dari share utk kwn2.. diri sendiri pun dpt jgk info berguna
bila letak dan kongsi kat blog ni, senang ckit nak cari
x perlu nak ingat kat mna info tu lia dapati, x perlu susah
nak kena cari setiap kali nak tgk...