Sekadar berkongsi info berguna utk semua....^_^

Sekadar berkongsi info berguna utk semua....^_^
"Jadikanlah masa yang berlalu itu pengalaman dan pengajaran, masa yang sedang berjalan kita isi dengan amalan dan masa hadapan jangan terlalu diangan-angankan" "Kita ini semuanya sama,tiada beza muda ataupun tua,jangan menyombong atau takbur sesama manusia,sekalipun kita berpangkat atau berilmu-kerana di sisi ALLAH SWT kita semuanya sama - cuma yang membezakan kita hanyalah AMAL dan TAQWA"

Khamis, 22 Disember 2011

Petua Tegangkan Payudara

Ibu-ibu yang menyusukan anak bimbang payu dara mereka akan menjadi kendur. Cara untuk mengatasinya ialah dengan cara :-

1.Sapukan sedikit minyak kelapa pada permukaan daun sirih yang segar.
2.Kemudian layurkan di atas api yang sederhana panasnya.
3.Setelah layu, ramas dan sapukan pada payu dara kecuali putingnya.
4.Lakukan selama tiga hari berturut-turut.

Payu Dara Bengkak.
Ibu-ibu yang menyusukan anak bimbang payu dara mereka akan menjadi bengkak. Cara untuk mengatasinya ialah dengan cara :-

1.Daun kacang panjang dan daun sirih dibersihkan.
2.Ramaskan kedua-duanya hingga hancur dan tampalkan pada buah dada.
3.Buat berulang-ulang kali sehingga kering.
4.Cuci dengan air bersih.

Menegangkan lagi Payu Dara.
Ibu-ibu yang menyusukan anak bimbang payu dara mereka mengendur. Cara untuk mengatasinya ialah dengan cara :-

1.Layurkan daun sirih yang telah disapukan dengan minyak zaitun di atas api yang sederhana, atau menggunakan lilin.
2.Apabila daun telah terasa suam dan agak layu, lalu tekapkannya ke atas kedua-dua payu dara dan biarkan seketika.
3.Lakukan dua atau tiga kali seminggu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan