Sekadar berkongsi info berguna utk semua....^_^

Sekadar berkongsi info berguna utk semua....^_^
"Jadikanlah masa yang berlalu itu pengalaman dan pengajaran, masa yang sedang berjalan kita isi dengan amalan dan masa hadapan jangan terlalu diangan-angankan" "Kita ini semuanya sama,tiada beza muda ataupun tua,jangan menyombong atau takbur sesama manusia,sekalipun kita berpangkat atau berilmu-kerana di sisi ALLAH SWT kita semuanya sama - cuma yang membezakan kita hanyalah AMAL dan TAQWA"

Jumaat, 2 Disember 2011

MENGENAL GERAKKAN JANIN

Waktu terbaik untuk mengamati gerakan janin adalah pada malam hari saat Anda berbaring santai. Atau, pagi hari ketika bangun tidur bila usia kandungan Anda sudah masuk trimester ketiga.

Jika Anda dapat merasakan janin bergerak, baik gerakan halus dan kuat, ertinya bayi baik-baik saja. Namun, bila Anda merasa bayi tidak aktif seperti biasanya, kemungkinan besar ia sedang malas bergerak, dan Anda harus cuba bangkitkan semangat geraknya. Kerana bila janin tidak merespon rangsangan anda lebih dari 1 hari segera berjumpa doktor, untuk memantau kondisi janin. Mari, kenali gerakan janin sesuai dengan usianya, supaya Anda boleh memantau perkembangannya.

* Minggu ke-16 sampai 20. Di minggu ke-16 Anda mulai dapat merasakan gerakan janin seperti tendangan dan bonjokan. Disebut sebagai fase quickening.
* Minggu ke-21 sampai 24. Aktiviti bayi makin meningkat. Dia banyak menendang kerana volume air ketuban masih sering memungkinkan untuk bergerak leluasa.
* Minggu ke-25 sampai 28. Bayi mulai terkejut. Inilah yang menyebabkan Anda merasakan sensasi seperti tersentak-sentak. Dia juga akan bergerak merespon suara dari luar kerana pendengarannya makin baik. Kadang-kadang janin ‘takut’ mendengar suara keras.
* Minggu ke-29 sampai 31. Gerakan bayi makin kuat, teratur dan terkendali. Kadang Anda sampai merasakan rahim kontraksi.
* Minggu ke-32 sampai 34. Inilah masa puncak aktiviti bayi. Dalam minggu-minggu ini, Anda akan merasakan peningkatan frekuensi dan tipe gerakan bayi, kerana dia semakin besar dan kuat.
* Minggu ke-36 sampai 40. Ukuran bayi yang semakin besar dan keterbatasan ruang dalam rahim membuat gerakan memutar janin makin berkurang frekuensinya. Bila dia menghisap jari dan tiba-tiba lepas, Anda akan merasakan gerakan dengan lebih cepat. Itu tanda bayi memutar kepalanya untuk mencari jari kembali. Jika perut Anda kecil, kemungkinan besar dapat memegang kaki bayi. Gerakan utama yang Anda rasakan adalah tonjokan tangan atau tendangan kaki bayi yang mungkin menyakitkan tulang rusuk And

Tiada ulasan:

Catat Ulasan