Pantang larang orang dulu-dulu (Kalau boleh jangan letakkan kepercayaan
100%, cuma amalkan dengan menganggap tips ini berdasarkan pengalaman
mereka - orang lama-lama)
1) Ketika isteri hamil, suami
janganlah memburu, mengania atau membunuh binatang. Kononnya amalan ini
boleh menyebabkan anak yang dikandong isteri akan lahir cacat.
2) Minum air kelapa untuk bersihkan lendir-lendir masa bersalin nanti.
3) Tak boleh duduk di akar kayu - dikhuatiri uri tertinggal
4) Bila nak mandi towel usah lilit di sekeliling leher - dikhuatiri tali pusat melilit leher bayi
5) Suami jangan berlaku kasar pada haiwan - mengenan kat bayi
6) Petua org cina minum air sarang burung, sehari sebotol kecil -> kulit dan mata cantik.
Nasihat lain
1) Tidak perlu jalani ujian2 untuk mengesan janin cacat, kerana jika
benar demikian , undang2 negara dan hukum islam tidak membenarkan
menggugurkan kandungan walaupun janin cacat.
2) Dipercayai roh
ditiupkan kedalam jasad bayi antara 4-5 bulan umor kandongan. Ketika
inilah pergerakkan bayi mulai dirasa oleh ibunya.
3) Rerajin amalkan
membaca Al-Quran dari surah2 Maryam, Yusof, Lukman dan sebagainya...
semoga kita sesemua dapat bersalin dgn mudah.
4) Dengar lagu muzikal
seperti mozart dll. Kalau gi kat kedai CD mesti jumpa koleksi khas
lagu2 untuk org mengandung ni, mendengar lagu2 ni boleh merangsangkan
sel2 otak baby supaya lebih pandai. Kalau ikut petua org islam ni
perbanyakkan baca surah al-Yusof, luqman. kalau boleh suruh hubby
bacakan sambil pegang perut wife. Biasanya buat bila baby berusia 7
bulan sebab masa tu sel otak tengah develop. So masa ni baby akan cepat
menangkap bunyi dari luar.
5) Kafein buleh merencatkan pembesaran
bayi manakala nenas mengandungi bhn kimia yg berbahaya pd bayi. Cuma
buah mcm nangka, cempedak tu kalau boleh elakkan sbb berangin.
6) Jangan simpan kucing sbb najis dia boleh menjejaskan bayi.
Nasihat Pemakanan
1) Jangan makan nenas - sebab tajam terutama di awal 3 bulan pertama kandungan boleh menyebabkan keguguran.
2) Jangan makan pucuk/ulam2 melarat atas tanah (ie ulam pegaga) - sebab takut uri melekat dalam rahim waktu bersalin.
3) Jangan makan ulaman berbau seperti petai dan jering waktu hujung kandungan - sebab nanti air mentuban berbau busuk.
4) Jangan minum ais - sebab melemahkan anggota badan tapi kebiasaannya
waktu kita mengandung kita kan senantiasa rasa panas dan memang nak cari
ais jek.
5) Jangan travel jauh2 di waktu awal 3 bulan kandungan - takut rahim lemah dan tak dapat menahan dari keguguran.
6) Air tebu - Elakkan!
Banyakkan :-
1) Minum air susu dan air masak
2) Makan buah2an dan sayur2an - biasanya ibu mengandung hadapi masalah buang air besar.
3)Makan sedikit2 tetapi lebih kerap di pertengahan hingga hujung
kandungan sebab bila bayi makin membesar akan menghimpit ruang usus
menyebab kita cepat rasa senak dan mengah.
4) Ikut nasihat doktor tentang pemakanan multivitamin.
5) Ambil folic acid (doktor biasanya akan beri nih) untuk penambahan darah.
Amalan di hujung kandungan :
1) Banyakkan berjalan bagi memudahkan bersalin.
2) Minum air kelapa (dinasihatkan untuk kandungan 5 bulan dan ke atas)
bagi membantu menghilang masalah kerak kepala bayi dari berlarutan (ni
biasa ada pada setiap bayi baru lahir)
3) Ikut kelas latihan persediaan bersalin supaya kita tak terjerit2 bila nak bersalin nanti. ;)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan