Sekadar berkongsi info berguna utk semua....^_^

Sekadar berkongsi info berguna utk semua....^_^
"Jadikanlah masa yang berlalu itu pengalaman dan pengajaran, masa yang sedang berjalan kita isi dengan amalan dan masa hadapan jangan terlalu diangan-angankan" "Kita ini semuanya sama,tiada beza muda ataupun tua,jangan menyombong atau takbur sesama manusia,sekalipun kita berpangkat atau berilmu-kerana di sisi ALLAH SWT kita semuanya sama - cuma yang membezakan kita hanyalah AMAL dan TAQWA"

Jumaat, 25 November 2011

KHASIAT IKAN HARUAN

Bila sebut ikan haruan mesti ada yang rasa loya,tak pun mesti geli bila tgk ikan tu... pulak tu bila dah di masak berlendir.. tapi itulah ubat terbaik kerana ia sangat bagus bagi menyembuhkan luka luar dan dalam dengan cepat.

Tidak dapat dinafikan lagi, kebanyakan pakar pemakanan berpendapat, mengambil ikan dalam makanan adalah baik untuk dijadikan menu diet kerana memberikan banyak manfaat pada kesihatan.

Apatah lagi, hasil kajian sudah pun membuktikan ikan mengandungi protein yang berkualiti tinggi, di samping asid amino yang diperlukan tubuh untuk pertumbuhan, malah memiliki kandungan khusus yang dapat mengurangkan risiko berbagai penyakit.

Khasiat Ikan Haruan.

1.Haruan mempunyai asam amino dan lemak yang dapat menyembuhkan luka dalam perut serta amat baik untuk mengubati penyakit gastrik

2.Haruan mengandungi sejumlah besar Vitamin A yang membantu menambah daya penglihatan, melembapkan kulit dan bertindak sebagai anti oksidan yang melambatkan proses penuaan.

3.Haruan mengandungi asid arakidonik yang tinggi yang membantu memulakan proses darah menjadi beku dan bertanggungjawab untuk pertumbuhan semula sel baru.

4.Glisin dari ikan haruan (merangkumi asid aspartik dan glutamik) yang merupakan satu daripada komponen penting kolagen dalam kulit manusia akan membentuk molikul protein yang penting untuk pertumbuhan semula dan penyembuhan.

5.Dari kajian saintifik didapati pengambilan ikan haruan juga dapat mengurangkan sakit selepas pembedahan

6.Lendir ikan haruan mengandungi asid oleik dan linolik tak tepu iaitu komponen utama lipid sepenuhnya.

7.Ikan Haruan mengandungi kolagen yang tinggi yang membantu mencantikkan kulit

Tiada ulasan:

Catat Ulasan