1. Susu Kambing - Amalkan meminum susu kambing yang baru diperah.
Jika sukar untuk mendapatinya, boleh juga amalkan meminum susu kambing
yang dijadikan susu tepung. Amalkan meminumnya setiap hari.
2.
Daun Betik - Ambil sehelai dua daun betik rambai atau akarnya dan
rebus. Air rebusan itu diembunkan semalaman dan minum setiap hari
sebelum masuk tidur.
3. Akar Patawali - Akar patawali juga
boleh dijadikan sebagai penawar penyakit gastrik. Caranya ialah dengan
merebus akar patawali ini dan minum air rebusannya setiap pagi. Harus
diingatkan akar patawali adalah sangat pahit.
4. Selaput
tunggul - Ambil tujuh helai daun selaput tunggul. Ramaskan daun-daun
tersebut dengan sedikit air sehingga menghasilkan air berwarna hijau.
Campurkan dengan susu segar dan minum setiap malam.
5.
Daun sembong - Ambil daun sembong sebanyak lima helai dan direbus dengan
tiga gelas air. Biarkan mendidih sehingga tinggal kira-kira setengah
gelas dan campurkan dengan sedikit garam. Amalkan meminumnya setiap pagi
sebelum mengambil sarapan pagi.
6. Daun mengkudu - Ambil lima helai daun mengkudu dan rebus. Daun yang sudah direbus itu, boleh lah dimakan dengan kicap.
7.
Daun bunga lili - Layurkan daun lili ke atas sapu. Kemudian, sapukan
minyak kelapa ke atas daun yang telah layu itu. Ambil sedikit asam jawa
dan ramaskan, kemudian tempekkan pada perut, manakala daun bunga lili
dijadikan sebagai pembalut.
8. Tempurung kelapa -
Tempurung kelapa yang tidak terlalu tua dibakar hingga jadi arang dan
dimasukkn ke dalam air secukupnya. Tapiskan dan ambil airnya. Minumlah
air tersebut setiap pagi dan petang.
Sekadar berkongsi info berguna utk semua....^_^
"Jadikanlah masa yang berlalu itu pengalaman dan pengajaran, masa yang sedang berjalan kita isi dengan amalan dan masa hadapan jangan terlalu diangan-angankan" "Kita ini semuanya sama,tiada beza muda ataupun tua,jangan menyombong atau takbur sesama manusia,sekalipun kita berpangkat atau berilmu-kerana di sisi ALLAH SWT kita semuanya sama - cuma yang membezakan kita hanyalah AMAL dan TAQWA"
Selasa, 12 Jun 2012
Jumaat, 8 Jun 2012
Tanda-Tanda Kita Berfikiran Negatif
1. Kita memandang rendah pada apa yang orang lain buat, bakat dirinya, pencapaiannya dan usahanya.
2. Kita memperbodohkan orang semata-mata untuk menjadikan kesilapannya sebagai bahan ketawa.
3. Kita cepat melihat yang buruk dalam apa sahaja situasi, benda, perkara.
4. Kita selalu suka komen, mengutuk, mengkritik, hentam belakang.
5. Kita suka bercerita keburukan orang - ahli politik, kawan, kekasih, suami, isteri atau keluarga 6. Kita tidak pernah terfikir untuk merasa bersyukur.
7. Kita susah sekali meminta maaf dan tidak mahu melafazkan kemaafan.
8. Kita sukar melupakan orang yang pernah berbuat salah pada diri kita.
9. Kita banyak bercakap untuk menampakkan diri kita tahu banyak perkara, peka semua berita. Cakapan orang lain tidak penting bagi kita, kerana mereka hanya tahu sedikit sahaja, tidak setanding diri kita.
10. Kita suka menyalahkan orang lain setiap kali timbul masalah.
11. Kita lebih banyak menggunakan bahasa sindiran pedas dari cakapan berterus terang secara berhemah.
12. Kita sakit hati melihat orang lebih berjaya dari diri kita atau apabila melihat orang lebih lebih maju dari kita.
13. Kita menganggap orang lain menunjuk-nunjuk, seolah-olah mencabar kita, sedangkan sebenarnya mereka tidak begitu.
14. Cakap tidak berlapik, tidak sopan, main ikut suka hati.
Jumaat, 1 Jun 2012
Puisi Khas Buatmu
Sayang….
Tahukah kau…
Apa yang aku fikirkan di saat aku sedang sendirian,
Aku selalu memikirkanmu
Tentang cinta kita yang terbina..
Tentang harapan dan impian kita selama ini…
Mungkinkah kan menjadi realiti?
Sayang….
Di kejauhan ini
Izinkan aku untuk merinduimu
Izinkan aku untuk terus berlindung
Serta bahagia bersamamu
Aku rasa bahagia dan bersyukur padamu TUHAN
kerana memberiku ruang dan peluang untuk merasai kebahagiaan ini
Buatmu insan tersayang…
Terima kasih ku ucapkan,
Sesungguhnya tiada lain di hati ini selain dirimu
Ku harap agar kau kan terus menyayangi diriku
Seperti mana diriku menyayangimu sepenuh hati.
Aku ingin selamanya bersama mu,
Aku sayang padamu
Khamis, 24 Mei 2012
Petua Sebelum Tidur
1. Jangan tidur bersama jam tangan - Jam tangan boleh mengeluarkan
radioaktif. Walaupun jumlahnya tidak banyak, sedikit sebanyak ia boleh
mengganggu kesihatan anda.
2. Jangan tidur dengan telefon bimbit - Meletakkan telefon bimbit bersebelahan anda ketika tidur adalah tidak digalakkan. Walaupun ada di antara kita menggunakannya sebagai alat penggera, para saintis telah membuktikan bahawa alatan elektrik dan elektronik termasuk telefon bimbit akan mengeluarkan sejenis gelombang yang tidak elok untuk kesihatan.
3. Jangan tidur dengan mekap yang masih melekat - Jika anda biasa tidur tanpa mencuci solekan muka atau di mana-mana tempat di bahagian kulit, ia boleh mengakibatkan masalah kulit untuk jangka masa panjang. Solekan yang tidak dicuci boleh menghalang kulit daripada bernafas dan mendapat pengaliran udara yang sepatutnya. Anda juga akan mengambil masa yang lama untuk mendapatkan tidur yang lena.
4. Jangan tidur dengan coli - Bagi wanita pula, anda tidak digalakkan tidur dengan memakai bra kerana ia dikhuatiri menyebabkan barah payudara. Memakai coli melebihi 12 jam adalah berisiko.
5. Jangan tidur dengan seluar dalam - Bagi lelaki pula, tidak elok memakai seluar dalam ketika tidur. Seeloknya pakai 'boxer' yang longgar dan selesa.
6. Jangan selalu sangat tidur telanjang - Hal ini juga penting kerana jika pada ketika anda tidur berlaku sebarang kemalangan/kecemasan, ia akan memudaratkan anda.
2. Jangan tidur dengan telefon bimbit - Meletakkan telefon bimbit bersebelahan anda ketika tidur adalah tidak digalakkan. Walaupun ada di antara kita menggunakannya sebagai alat penggera, para saintis telah membuktikan bahawa alatan elektrik dan elektronik termasuk telefon bimbit akan mengeluarkan sejenis gelombang yang tidak elok untuk kesihatan.
3. Jangan tidur dengan mekap yang masih melekat - Jika anda biasa tidur tanpa mencuci solekan muka atau di mana-mana tempat di bahagian kulit, ia boleh mengakibatkan masalah kulit untuk jangka masa panjang. Solekan yang tidak dicuci boleh menghalang kulit daripada bernafas dan mendapat pengaliran udara yang sepatutnya. Anda juga akan mengambil masa yang lama untuk mendapatkan tidur yang lena.
4. Jangan tidur dengan coli - Bagi wanita pula, anda tidak digalakkan tidur dengan memakai bra kerana ia dikhuatiri menyebabkan barah payudara. Memakai coli melebihi 12 jam adalah berisiko.
5. Jangan tidur dengan seluar dalam - Bagi lelaki pula, tidak elok memakai seluar dalam ketika tidur. Seeloknya pakai 'boxer' yang longgar dan selesa.
6. Jangan selalu sangat tidur telanjang - Hal ini juga penting kerana jika pada ketika anda tidur berlaku sebarang kemalangan/kecemasan, ia akan memudaratkan anda.
Selasa, 15 Mei 2012
Kelapa Muda
Di
kalangan masyarakat, ada tradisi turun-temurun yang menyarankan ibu
hamil agar memperbanyak minum air kelapa muda, terutama dari kelapa
hijau. Konon katanya bila rajin minum air kelapa muda– terutama di
trimester ketiga kehamilan–maka air ketuban akan bersih dan bayi yang
dilahirkan juga bersih kulitnya, lebat rambutnya dan bening matanya.
Apakah betul demikian?
Sejauh ini belum ada penelitian yang secara ilmiah membuktikan
kebenaran saran tersebut. Namun, air kelapa muda memang mengandung
berbagai zat yang bermanfaat bagi ibu hamil. Zat-zat itulah yang
barangkali secara tidak langsung membuat bayi menjadi lebih sehat
sebagaimana disebutkan dalam saran tradisional itu.
1. Elektrolit Alami
Air kelapa muda kaya dengan kandungan elektrolit, klorida, kalsium,
potasium, magnesium, sodium, dan riboflavin. Sebagai isotonik alami yang
kaya mineral dan memiliki elektrolit sama dengan elektrolit tubuh, air
kelapa muda sangat bermanfaat untuk rehidrasi dan memulihkan stamina
tubuh.
Ibu hamil membutuhkan lebih banyak air dibandingkan
orang lain. Dehidrasi selama kehamilan dapat menyebabkan berbagai
komplikasi, termasuk sakit kepala, kram, edema dan bahkan kontraksi yang
dapat menyebabkan persalinan prematur.
2. Diuretik Alami
Sebagai diuretik natural yang steril, air kelapa muda melancarkan air
seni dan membantu membersihkan saluran kemih. Hal ini berkhasiat
mengeluarkan zat-zat toksin dari tubuh dan mencegah infeksi saluran
kemih– yang juga cukup umum terjadi pada wanita hamil.
3. Antipenyakit
Air kelapa muda mengandung asam lauric, asam yang membantu melawan
penyakit. Asam lauric yang terkandung dalam air kelapa sama dengan yang
terdapat di air susu ibu dan memiliki karakteristik antijamur,
antibakteri dan antivirus sehingga menjaga kesehatan ibu dan bayi dari
virus seperti herpes dan HIV, protozoa giardia lamblia serta bakteri
klamidia dan heliokobater.
4. Membantu Pencernaan
Air
kelapa juga dipercaya memperbaiki fungsi pencernaan. Selama kehamilan,
plasenta memproduksi hormon progesteron yang memperlambat kontraksi otot
lambung sehingga pencernaan pun melambat. Air kelapa dapat membantu
meningkatkan kecepatan pencernaan.
5. Meningkatkan HDL
Air
kelapa muda tidak mengandung lemak dan kolesterol, bahkan menurut riset
dapat meningkatkan kolesterol baik (HDL) di dalam tubuh.
Khamis, 10 Mei 2012
Isteri Perlu Berhias Untuk SUAMI
1. Menghias diri merupakan kegemaran wanita. Namun kadangkala ada segelintir wanita yang tidak faham akan kewajipannya. Dia berhias diri ketika nak keluar rumah. Ketika di rumah dia dalam keadaan tidak bersih, kadangkala rambutnya pun tidak terurus. Padahal di dalam Islam menganjurkan supaya isteri berhias hanya untuk suami. Tujuan isteri berhias ketika di rumah ialah supaya suami terhibur.
2. Jika suami pulang dari tempat kerja dalam keadaan letih dengan melihat isteri dalam keadaan berseri-seri serta pakaian yang bersih, maka ia menjadi penawar kepada suami. Sehingga keletihan dalam mencari rezeki tadi menjadi hilang, dan bertambahlah kasih sayangnya terhadap isteri. menjadi hilang, dan bertambahlah kasih sayangnya terhadap isteri.
3. Sabda Rasulullah SAW: “Dari Jabir ra. Ia berkata: Kami pernah pergi bersama-sama Rasulullah di dalam satu peperangan. Ketika kami sampai ke Madinah, kami ingin masuk ke rumah masing-masing. Maka Rasulullah SAW pun bersabda: Bersabarlah, iaitu masuklah pada waktu malam iaitu selepas Isyak, supaya isteri dapat bersikat rambutnya yang kusut dan supaya ia dapat berhias kerana telah lama telah ditinggalkan suaminya.” (HR:Muttafaqun Alaihi)
4. Berhias bukan sahaja bagi menyambut kepulangan suami dari tempat kerja tetapi juga ketika suami ada di rumah. Wanita Islam hanya boleh berhias untuk dirinya sendiri dan untuk suaminya. Berhias mestilah dilakukan secara sederhana, kerana tujuan berhias agar kelihatan bersih dan senang dilihat oleh suami.
Isnin, 7 Mei 2012
Makanan Untuk Mengurangkan Kolesterol
Buah Kering - Buah kering seperti limau kering mengandungi banyak flavanoid. Flavanoid berfungsi menyingkirkan lemak jahat. Ia juga boleh anda perolehi daripada teh, tomato, buah delima, brokoli dan bawang.
Epal - Dengan memakan sebiji epal setiap hari, ia sudah memadai untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kolesterol dalam badan anda.
Ikan Tuna - Ikan tuna merupakan sumber asid lemak Omega-3. Ia baik untuk melindungi tubuh anda daripada mengalami peningkatan kadar kolesterol jahat.
Jambu Batu - Jambu batu mampu menurunkan kadar kolesterol dalam badan anda. Amalkan memakannya setiap hari supaya khasiatnya dapat bertindakbalas pada badan anda. Anda disyorkan untuk memakan 2 biji setiap hari, samada sebiji pada waktu pagi ataupun tengahari. Manakala sebiji lagi boleh dimakan pada sebelah petang atau malam.
Kacang Soya - Kacang soya boleh membantu memecahkan lemak, mengurangkan kadar lemak jahat dan meningkatkan kandungan lemak baik.
Langgan:
Catatan (Atom)