1. Jangan tidur bersama jam tangan - Jam tangan boleh mengeluarkan
radioaktif. Walaupun jumlahnya tidak banyak, sedikit sebanyak ia boleh
mengganggu kesihatan anda.
2. Jangan tidur dengan telefon bimbit - Meletakkan telefon
bimbit bersebelahan anda ketika tidur adalah tidak digalakkan. Walaupun
ada di antara kita menggunakannya sebagai alat penggera, para saintis
telah membuktikan bahawa alatan elektrik dan elektronik termasuk telefon
bimbit akan mengeluarkan sejenis gelombang yang tidak elok untuk
kesihatan.
3. Jangan tidur dengan mekap yang masih melekat -
Jika anda biasa tidur tanpa mencuci solekan muka atau di mana-mana
tempat di bahagian kulit, ia boleh mengakibatkan masalah kulit untuk
jangka masa panjang. Solekan yang tidak dicuci boleh menghalang kulit
daripada bernafas dan mendapat pengaliran udara yang sepatutnya. Anda
juga akan mengambil masa yang lama untuk mendapatkan tidur yang lena.
4. Jangan tidur dengan coli - Bagi wanita pula, anda tidak digalakkan
tidur dengan memakai bra kerana ia dikhuatiri menyebabkan barah
payudara. Memakai coli melebihi 12 jam adalah berisiko.
5.
Jangan tidur dengan seluar dalam - Bagi lelaki pula, tidak elok memakai
seluar dalam ketika tidur. Seeloknya pakai 'boxer' yang longgar dan
selesa.
6. Jangan selalu sangat tidur telanjang - Hal ini juga
penting kerana jika pada ketika anda tidur berlaku sebarang
kemalangan/kecemasan, ia akan memudaratkan anda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan