Janin di dalam kandungan juga sensitif terhadap persekitaran ibunya.
Sentuhan lembut tangan ibu pada bahagian perut boleh membuatkan janin bertindak balas terhadap rangsangan yang diberikan. Hal ini berlaku kerana, janin di dalam kantung rahim sebenarnya bergerak.
Gerakan pada janin ini selalunya dapat dikesan antara minggu ke-18
hingga minggu ke-22. Sudah tentu ibu begitu terharu malah gembira setiap
kali merasai gerakan janin.
Secara umumnya, janin akan
bergerak pada kiraan normal sebanyak 10 kali dalam satu hari atau sekali
dalam satu jam. Gerakannya akan menjadi lebih aktif pada sebelah malam.
Keadaan itu sebenarnya dipengaruhi oleh hormon di dalam tubuh ibu yang
bertindak lebih aktif pada malam hari. Begitu juga dengan keaktifan
gerakan janin juga berbeza antara satu sama lain. Sebab itulah, ibu
tidak perlu membandingkan gerakan janin dengan ibu-ibu yang lainnya.
Sememangnya gerakan janin itu cukup unik sifatnya.
1. Menggeliat
Setiap kali anda bangun daripada tidur, anda akan meng geliat terlebih
dahulu. Janin juga begitu. Dia akan mengalami keadaan lenguh selepas
beberapa jam tidur bersama ibunya. Gerakan meregangkan otot tubuh itu
dilakukan beberapa kali dalam sehari. Perlu diketahui juga, janin yang
menge liat di pagi hari mampu untuk membangunkan anda dari tempat tidur.
Aksi janin anda akan lebih dirasai jika ibu berbaring dalam keadaan
terlentang.
2. Janin Juga Melakukan Senaman
Bagaimana
bentuk senaman janin? Janin akan membuat gerakan meluruskan kaki kanan
ke hadapan, diikuti kaki kirinya. Ia juga akan meluruskan tangan ke
depan, diikuti tangan kirinya. Ibu pula merasai seolah-olah janin
membuat gerakan menendang dan menyiku, walhal janin sedang melatih otot
tubuhnya untuk meregang.
3. Menghisap Ibu Jari
Gerakan ini
bukan sahaja dilaku kan oleh bayi atau kanak-kanak, janin di dalam
kandungan juga boleh melaku kan aksi sebegini. Selalunya janin akan
memasukkan ibu jarinya ke dalam mulut apa bila ibunya menikmati makanan
yang enak. Janin akan menunggu turunnya zat-zat pemakanan yang diambil
ibunya untuk sampai ke aliran darahnya melalui plasenta. Indah bukan
fakta ini.
4. Berpusing
Ketika anda sedang sibuk bekerja,
janin juga mahu menikmatinya. Ketika itulah ia sibuk menggerakkan
kedua-dua tangan. Apatah lagi, apabila ia menganggap tali pusat yang
menghubungkan janin dengan ibunya adalah sesuatu benda yang menarik. Ia
akan memusing-musingkan tali pusat dan menggunakannya untuk berpindah
dari satu posisi ke posisi yang lain.
5. Mengetuk Janin
Keadaan ini boleh dikesan atau menerima tindak balas daripada janin
apabila ia telah memasuki usia 24 minggu. Lagi pula, dalam usia ini
janin sudah boleh memberi tindak balas kepada usapan tangan kerana
sistem saraf pusat di seluruh tubuhnya sudah membesar sehingga ia mampu
bertindak balas terhadap rangsangan sentuhan yang sedikit menekan.
Tindak balas itu menandakan janin kembali menyapa salam dari ibunya.
6. Gerakan Di Tulang Rusuk
Apabila anda cuba berehat ataupun tidur, janin tidak mahu mengikut.
Seolah-olah ia masih mahu bergerak dan bermain dengan cecair hangat
ketuban. Gerakan itu adakalanya anda dapat rasai sampai ke bahagian
tulang rusuk. Itu bermakna, janin sedang meminta ibunya memberi tindak
balas agar membelai dan mengusap tubuhnya dari luar sehingga ia
tertidur.
7. Aksi ‘Hormat’
Cuaca hangat di luar juga turut
dirasai janin. Misalnya ketika berada di pantai yang terdedah dengan
bahang mentari dengan mengenakan pakaian yang nipis dan jarang, janin
akan melakukan aksi ‘hormat’ iaitu menutup mata atau kepalanya kerana
silau tatkala melihat cahaya yang tembus ke dalam perut.
Fahami Kaedah Membaca Gerakan Janin
Waktu terbaik untuk anda mengamati gerakan janin adalah pada sebelah
malam iaitu ketika anda sedang berehat di rumah. Apabila kandungan telah
memasuki trimester tiga, bacaan yang sesuai adalah bermula daripada
sebelah pagi.
Sekiranya anda merasa gerakan janin, sama ada
kuat atau perlahan, bermakna janin anda dalam keadaan baik. Apabila
janin anda tidak aktif seperti biasa, kemungkinan ia dalam keadaan
malas. Seharusnya ibu menggerakkannya dengan mengusap perut untuk
beberapa ketika. Jika janin tidak memberi tindak balas terhadap
rangsangan anda dan ia berlanjutan sehingga sehari, segerakan ke
hospital untuk memantau keadaannya. Kenali gerakan janin sesuai dengan
usia mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan