Sekadar berkongsi info berguna utk semua....^_^

Sekadar berkongsi info berguna utk semua....^_^
"Jadikanlah masa yang berlalu itu pengalaman dan pengajaran, masa yang sedang berjalan kita isi dengan amalan dan masa hadapan jangan terlalu diangan-angankan" "Kita ini semuanya sama,tiada beza muda ataupun tua,jangan menyombong atau takbur sesama manusia,sekalipun kita berpangkat atau berilmu-kerana di sisi ALLAH SWT kita semuanya sama - cuma yang membezakan kita hanyalah AMAL dan TAQWA"

Jumaat, 30 Mac 2012

Fakta Menarik Tentang Lelaki Yang Wanita Perlu TAHU


1.Lelaki biasanya tidak terpikat terhadap wanita disebabkan mereka cantik, tetapi mereka lebih mudah terpikat terhadap personaliti dan ketrampilan seseorang itu.

2.Lelaki amat bencikan lelaki lain yang cuba untuk menggoda kekasih mereka.

3.Apa yang sedang awak lakukan? atau Awak dah makan ke belum? adalah merupakan soalan paling kerap akan ditanya ketika mereka menelefon seorang wanita.

4.Lelaki akan sibuk dengan pekerjaan mereka sepanjang hari, tetapi sebelum tidur, pasti mereka akan memikirkan mengenai wanita yang mereka benar-benar sayang.

5.Apabila lelaki benar-benar sayang terhadap seorang wanita, mereka akan mengabaikan semua karakter negatif yang ada pada wanita tersebut.

6.Lelaki akan membuat seribu satu kesimpulan sekiranya seorang wanita senyum kepada mereka.

7.Lelaki sanggup melakukan apa saja untuk mendapatkan perhatian daripada seorang wanita.

8.Lelaki amat benci apabila wanita menceritakan mengenai kisah bekas teman lelaki mereka.

9.Seorang lelaki mampu menyukai wanita untuk seminit, kemudian terus melupakan mereka.

10.Apabila seorang lelaki bersedia untuk berjumpa ibubapa kekasih mereka, ini menunjukkan mereka benar-benar serius.

11.Lelaki juga akan menangis.

12.Lelaki akan lebih untuk berusaha memikat wanita yang menolak cinta mereka, ini adalah kerana mereka sukar untuk menerima kekalahan.

13.Jangan sesekali memberikan mereka mesej tergantung seperti “Ada sesuatu nk bgtau awak ni…. erm… tapi takpela”. Mereka akan membuat seribu satu andaian dan akan berusaha untuk mendapatkan jawapan.

14.Lelaki akan teruja apabila mendapat sentuhan yang tidak diduga.

15.Lelaki akan menjadi gagap apabila bercakap dengan wanita yang mereka suka

Tiada ulasan:

Catat Ulasan