Sekadar berkongsi info berguna utk semua....^_^

Sekadar berkongsi info berguna utk semua....^_^
"Jadikanlah masa yang berlalu itu pengalaman dan pengajaran, masa yang sedang berjalan kita isi dengan amalan dan masa hadapan jangan terlalu diangan-angankan" "Kita ini semuanya sama,tiada beza muda ataupun tua,jangan menyombong atau takbur sesama manusia,sekalipun kita berpangkat atau berilmu-kerana di sisi ALLAH SWT kita semuanya sama - cuma yang membezakan kita hanyalah AMAL dan TAQWA"

Rabu, 13 April 2011

Penagih dadah di Kedah meningkat


ALOR SETAR: Jumlah penagih dadah di Kedah bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini meningkat kepada 26,330 orang berbanding 20,426 bagi tempoh yang sama tahun lalu.
Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Kedah Mohammad Nazer Mustafa berkata penyalahgunaan air ketum satu daripada faktor yang menyebabkan peningkatan jumlah penagih di Kedah.

Statistik menunjukkan belia golongan paling tinggi menagih dadah iaitu sebanyak 79.5 peratus dari umur seawal 13 tahun hingga 39 tahun,” katanya.

"Kami sangat bimbang kerana satu peratus daripada keseluruhan penagih yang ditahan adalah remaja yang masih bersekolah iaitu berumur antara 13 dan 17 tahun," katanya.

Beliau berkata hasil kajian yang dibuat tahun lalu menunjukkan 66.3 peratus penagih disebabkan pengaruh rakan, untuk keseronokan (12.5 peratus), perasaan ingin tahu (11.4 peratus) manakala sebab-sebab lain (9.8 peratus). Mohammad Nazer berkata Kedah dan Kelantan negeri baru yang diberi perhatian oleh AADK kerana peningkatan mendadak jumlah penagih tahun ini manakala negeri lain yang turut diberi perhatian ialah Pulau Pinang dan Selangor.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan