Pilihan 1: Campurkan air limau nipis dengan 1 sudu minyak masak.
Sebelum anda tidur, sapukan campuran tersebut ke seluruh muka anda.
Sekiranya anda berasa pedih, ia hanya sementara sahaja. Keesokkan harin
ya,
ambil beberapa keping asam gelugur (asam keping) dan rendam dalam air
panas. Setelah sejuk atau suam, basuhlah muka anda dengan air tersebut.
Pilihan 2: Ambil asam jawa dan gosokkan ke seluruh muka anda. Gosokkan
pada tempat -tempat yang berparut. Biarkan dalam masa beberapa minit,
kemudian basuh dengan air biasa. Muka anda akan menjadi licin dan
bersih.
Pilihan 3: Campurkan beberapa sudu tepung ubi kayu
dengan air asam jawa. Kemudian sapukan ke muka anda. Amalkan selalu
seperti anda mengamalkan penggunaan bedak sejuk. Muka anda akan
bertambah cerah dan lembut serta tidak berjerawat lagi.
Pilihan 4: Ambil 3 jenis akar kayu iaitu akar bunga melur, akar bunga
cina dan akar kitam guri serta seketul kemenyan. Jika sukar mendapatkan
ketiga-tiga akar ini, memadailah dengan 2 jenis sahaja. Semua akar
tersebut diasah di buntot pasu dengan sedikit air. Sapukan ke seluruh
muka anda sebagai bedak sejuk.
Pilihan 5: Parut temu lawak
mengikut keperluan , kemudian campurkan dengan sedikit gula melaka .
Ambil 3/4 gelas air masak dan campurkan dengan sedikit asam jawa dan 3
biji bawang merah yang ditumbuk lumat . Bancuh kesemua bahan tersebut
sehingga sebati, kemudian tapis . Minumlah airnya beberapa kali.
Pilihan 6: Ambil sedikit asam jawa dan beberapa inci kunyit hidup .
Tumbuk kunyit itu dan campurkan dengan asam jawa dan sedikit air.
Setelah campuran itu sebati , sapu ratakan ke seluruh muka anda .
Biarkan kira-kira 20 minit Kemudian ketika anda mandi, basuhlah dengan
bersih. Jika selalu diamalkan, muka anda akan sukar ditumbuhi jerawat
dan kulit menjadi lebih halus .
Pilihan 7: Parut jagung muda
dan sapukan ke muka anda . Biarkan beberapa minit kemudian basuh hingga
bersih. Selepas itu, sapukan lagi muka dengan jagung muda tadi . Kali
ini biarkan hingga ke hari esoknya .
Pilihan 8: Basuh muka
dengan air suam, kemudian gosoklah muka dengan tomato masak. Biarkan ia
kering sendiri. Selepas itu bilas muka anda dengan air suam.
Pilihan 9: Ambil air didihan nasi yang pekat dan sapukan ke seluruh
muka . Biarkan kering dan jangan menggerak-gerakkan muka. Apabila
kering, bilas dengan air bersih atau jika ingin cepat berkesan , bilas
dengan air suam . Jika diamalkan setiap hari selama 2 minggu
berturut-turut, anda akan lihat kesannya. Kulit muka anda akan bertambah
bersih dan lembut .
Pilihan 10: Giling sedikit ibu kunyit,
daun pegaga, pucuk daun asam jawa, beberapa kelopak bunga mawar dan
sedikit beras yang sudah direndam selama 2 malam. Apabila halus,
bulat-bulatkan dan jemur sehingga kering. Jika hendak digunakan,
hancurkan dengan air dan sapu ke muka sebelum tidur supaya liang roma
kulit muka tidak ditutupi sebarang lapisan.
Pilihan 11:
Tumbuk lumat rumput gelang sambal yang dibersihkan dengan air hujan dan
dicampurkan dengan tepung beras sehingga sebati serta keringkan. Ia
boleh dibuat bedak . Bersihkan kulit muka sebelum memakai bedak ini.
Buat begini setiap pagi dan malam.
Pilihan 12: Amalkan
memakai bedak sejuk dicampurkan dengan daun bunga Tanjung yang ditumbuk
lumat bersama sedikit kapur . Kacau semua bahan ini sehingga sebati
kemudian sapukan ke muka setiap malam sebelum tidur . Jika selalu
diamalkan, jerawat akan kering dan pupus.
Pilihan 13: Ambil
segenggam pucuk jambu batu dan uparkan (seperti menggulung) di tapak
tangan . Selepas itu, gosokkan ke muka hingga ke leher. Biarkan
beberapa minit supaya kering di muka. Kemudian basuhlah dengan air
sejuk.
Pilihan 14: Ambil sedikit daun penggaga tumbuk
sehingga lumat kemudiannya dicampurkan dengan bedak sejuk. Kemudian
pakaikan pada seluruh muka. Duduk senyap-senyap dan jangan bercakap.
Anda akan rasakan kulit muka anda menjadi tegang. Setelah 40minit, cuci
muka anda dengan air suam. Muka akan berasa licin dan bersih. Jeragat
pula akan hilang sedikit demi sedikit akibat kesan dari penggunaan daun
penggaga itu. Lakukan 3 kali seminggu.
Pilihan 15: Rendam asam
gelugur semalaman. Tumbuk pucuk jambu batu kemudian campurkan dengan
air rendaman tersebuti. Sapukan di muka. Biarkan beberapa minit. Lakukan
3 kali seminggu.
Pilihan 16: Hancurkan beberapa helai daun
pucuk jambu batu. Campurkan dengan bedak sejuk. Tepekkan di muka sebelum
tidur. Amalkan setiap hari.
Pilihan 17: Giling beras dengan
daun inai hingga lumat. Bulatkan adunan sebesar duit 5 sen dan jemur
hingga kering. Apabila hendak menggunakannya, titis sedikit air limau
nipis. Sapukan pada muka menggunakan belahan kentang.
Pilihan
18: Campurkan serbuk kayu manis dengan bedak sejuk dan sedikit air.
Kemudian sapukan campuran tadi pada muka sebelum tidur. Lakukan seberapa
kerap yang boleh.
Pilihan 19: Gosok beberapa helai pucuk daun
tanjung pada telapak tangan, kalau boleh biar hingga lumat. Kemudian
gosokkan ke muka dan biarkan kering. Basuh muka dengan air bersih.
Amalkan setiap hari.
Pilihan 20: Campurkan susu tepung dengan
air bersih. Kemudian tepekkan ke muka setiap malam dan setelah kering
basuh kering basuh muka dengan air suam. Amalkan selalu.
Pilihan 21: Belah 2 biji tomato. Sapukan rata pada muka sebelum tidur.
Biarkan sehingga kering. Buangkan biji tomato yang melekat di muka.
Keesokan harinya, basuh muka dengan air bersih. Amalkan seminggu sekali.
Pilihan 22: Ambil sedikit madu lebah dan campurkan madu tersebut dengan
bedak sejuk. Tekapkan bedak tersebut ke tempat yang ada kesan jerawat.
Lakukan sekurang-kurangnya 2 hari sekali.
Pilihan 23: Tumbuk
beberapa batang kulit kayu manis dan jadikan serbuk. Campurkan dengan
sedikit air. Tempelkan pada parut jerawat.
Pilihan 24: Asah
kulit kayu manis dan campurkan dengan madu lebah. Tempelkan pada muka
yang berparut setiap malam. Keesokkannya, cucilah menggunakan air suam.
Pilihan 25: Kisar timun dan tapiskan airnya. Tampalkan hampas timun
pada muka. Biarkan setengah jam. Kemudian cuci bersih dengan air suam.
Pilihan 26: Rendam beberapa helai daun senduduk, sedikit cekur dan
segenggam beras. Kemudian giling hingga lumat. Sapukan pada parut muka 3
kali seminggu.
Pilihan 27: Tumbuk 10 helai daun sirih muda.
Tempelkan pada muka terutama pada bekas jerawat. Setelah kering, cuci
muka dengan air bersih. Amalkan 3 kali seminggu.
PERINGATAN:
a. Cuba elakkan sauna muka kerana ia mungkin menjadikan jerawat bertambah teruk.
b. Jaga pemakanan anda. Elakkan makanan yang mungkin membuat jerawat
lebih teruk. Setiap orang mempunyai alahan kepada jenis makanan yang
berlainan dari orang lain.
Pilihan 28: Masak secekak daun inai
bersama 2 cawan air. Biarkan hingga mendidih. Setelah sejuk, sapukan
pada jerawat. Amalkan setiap hari sehingga jerawat hilang.
Pilihan 29: Picit jerawat dengan tangan yang bersih. Selepas itu,
sapukan sedikit tawas pada bekas jerawat. Lakukan selalu dan jerawat
tidak akan tumbuh lagi.
Pilihan 30: Kisarkan kacang hijau
dengan menggunakan sedikit air. Sapukan pada muka dan seluruh anggota
tubuh semasa mandi. Biarkan selama dua hingga tiga minit. Amalkan petua
ini setiap kali anda mandi.
Pilihan 31: Ambil beberapa banyak
kulit timun. Tumbuk hingga lumat. Pupurkan kulit timun yang ditumbuk
tadi ke muka yang terdapat kesan jerawat. Biarkan setengah jam sebelum
dibersihkan. Amalkan petua ini setiap hari.
Pilihan 32: Tumbuk
seulas bawang putih yang telah dibuang kulitnya. Titik pada jerawat
secara melata pada muka. Lakukan sebelum tidur. Amalkan setiap malam.
Pilihan 33: Ambil sedikit tepung sagu dan dicampur dengan sedikit air.
Pastikan campuran keduanya tidak terlalu pekat atau cair.
Sapukan
campuran tepung sagu dan air ke seluruh muka anda macam pakai bedak
sejuk. Amalkan setiap malam atau sehingga sembuh. Pada keesokan pagi,
cuci muka anda yang sudah penuh dengan tepung sagu dengan air suam.
PERINGATAN:
a. Dapatkan rehat yang cukup kerana jerawat mungkin timbul dari perasaan tertekan, bermasalah dan badan yang letih.
b. Memakai pakaian bersenam atau harian yang longgar. Memakai pakaian
ketat, tudung atau headband ketat dari kain yang tidak meresap peluh
menambahkan pengeluaran minyak dan risiko jerawat dari kulit berminyak.
Pilihan 34: Campurkan susu, madu lebah, dan putih telur. Kacau hingga
sebati. Sapukan pada muka dan biarkan selama 25 minit. Selepas itu,
bilas dengan air. Amalkan selalu.
Pilihan 35: Tumbuk lumat
beberapa helai daun pengaga bersama sedikit beras. Kemudian campurkan
dengan bedak sejuk dan sapukan pada muka. Lakukan pada waktu malam
setiap hari hingga kesan jerawat hilang.
Pilihan 36: Campurkan
perahan air limau dengan sedikit tepung beras. Gaul hingga sebati dan
sapukan ke muka. Biarkan seketika dan bilas dengan air. Amalkan selalu.
Pilihan 37: Parut jagung muda dan sapukan pada muka anda. Setelah itu
basuh dengan bersih. Ulang semula proses ini sebelum masuk tidur dan
biarkan semalaman. Cuci bersih pada keesokan harinya.
Pilihan
38: Masukkan air panas yang mendidih ke dalam sebungkus kecil daun the.
Wapkan muka anda dengan air tersebut. Lakukan berulangkali. Sebelum anda
masuk tidur, basuhlah muka anda dengan air suam.
Pilihan 39:
Belah 2 biji tomato dan gosokkan pada muka anda. Biarkan sehingga kering
semalaman. Keesokan paginya, basuh dengan air suam. Amalkan selalu.
Pilihan 40: Ambil bawang putih, buang kulitnya dan hiris nipis-nipis. Tempelkan pada muka anda yang berjerawat. Amalkan selalu.
Pilihan 41: Ambil 7 helai daun belimbing buluh yang masih muda. Tumbuk
daun tersebut dan campurkan dengan parutan temulawak. Sapukan pada muka
yang berjerawat. Amalkannya 4 minggu berturut-turut.
Pilihan
42: Ambil segenggam daun kelor yang baharu dipetik dari tangkainya.
Tumbuk sehingga halus. Sapu pada bahagian yang berjerawat.
Sebaik-baiknya anda amalkan petua ini setiap kali sebelum tidur.
Pilihan 43: Rebus temulawak dengan asam trengguli (Kayu Raja). Minum setiap hari.
Pilihan 44: Ambil beberapa helai daun jambu batu dan giling hingga
halus. Campurkan bersama bedak sejuk dan tepek pada muka sebelum masuk
tidur.
Pilihan 45: Ambil beberapa helai daun sirih dan tumbuk
bersama beras hingga lumat. Campurkan dengan sedikit ait dan tepek pada
muka sebelum masuk tidur.
Pilihan 46: Tumbuk kacang hijau
hingga menjadi debu dan tambahkan yogurt untuk dibuat pencuci muka.
Jerawat akan beransur hilang.
Pilihan 47: Keringkan kulit buah
rambai dan kisar halus. Campur dengan sedikit air mawar atau air masak.
Sapukan pada muka anda. Amalkan 3 kali seminggu.
Pilihan 48:
Ambil lapisan kulit pada pokok bunga tanjung. Giling halus-halus dan
jadikan ia bedak. Sebelum anda sapukan pada muka, campurkan dengan
sedikit bedak sejuk dan beberapa titis air. Sapukan pada muka terutama
pada bahagian yang berjerawat pada sebelah malam sebelum masuk tidur.
Jadikan ia amalan harian.
Pilihan 49: Ambil kapur barus dan
sedikit air limau nipis. Tumbuk kapur barus hingga lumat dan campurkan
dengan air limau nipis. Sapukan pada muka anda yang berjerawat. Biarkan
selama 35 minit ataupun sampai ia kering. Basuh muka anda sampai bersih
dengan air suam.
Pilihan 50: Ambil beberapa helai pucuk jambu
batu dan gilingkannya (atau ditumbuk) sehingga halus. Kemudian
sapukannya pada bahagian yang ada jerawat. Pakailah selalu. Untuk
menjadikan lebih mujarab, pakailah bersama-sama dengan bedak sejuk.
Pilihan 51: Tumbuk daun belimbing besi hingga lumat dan keluar airnya,
jika tidak berair boleh tambah sedikit air. Sapukan ke seluruh muka anda
sebelum tidur. Atau tunggu sehingga kering lalu basuh hingga bersih.
Pilihan 52: - Ambil daun sirih muda 2 helai dan panaskan dengan
seterika. Lekapkan/tekapkan daun sirih yang panas itu ke muka anda yang
berjerawat. Lakukan selalu untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.
Pilihan 53: Tumbuk kacang hijau hingga menjadi debu dan tambahkan
yogurt untuk dibuat pencuci muka. Jerawat akan beransur hilang.
Pilihan 54: Ambil satu gelas air kelapa campur dengan 25 gram pasta
kunyit. Biarkan semalam. Keesokan harinya, tambahkan ke dalam ramuan
tersebut 3 senduk teh bubuk cendana merah. Aduk sampai merata. Simpan
selama 3 hari. Setelah itu, saring ramuan dengan menggunakan kain kasa.
Simpan air perasan dalam botol. Sapukan ramuan tersebut pada wajah yang
berjerawat, 2 kali sehari sampai jerawat hilang.