Sekadar berkongsi info berguna utk semua....^_^

"Jadikanlah masa yang berlalu itu pengalaman dan pengajaran, masa yang sedang berjalan kita isi dengan amalan dan masa hadapan jangan terlalu diangan-angankan" "Kita ini semuanya sama,tiada beza muda ataupun tua,jangan menyombong atau takbur sesama manusia,sekalipun kita berpangkat atau berilmu-kerana di sisi ALLAH SWT kita semuanya sama - cuma yang membezakan kita hanyalah AMAL dan TAQWA"

Khamis, 28 Februari 2013

Pembedahan Caesarean atau LSCS

Pembedahan Caesarean atau LSCS
Pembedahan Caesarean atau LSCS adalah sejenis kelahiran bayi melalui belahan di perut ibu dan rahim. Ia dilakukan bila kelahiran biasa mungkin mengakibatkan komplikasi pada ibu atau bayi. LSCS mungkin dirancang (dilakukan antara 2 3 minggu sebelum tarikh jangka lahir) atau secara kecemasan.

LSCS dilakukan dengan pemberian bius. Pakar O&G, pakar bius dan pembantunya, jururawat bedah, bidan, dan pembantu-pembantu lain akan hadir semasa pembantu pembedahan dilakukan. Jika perlu, pakar kanak-kanak akan dipanggil masuk sekali. Suami pesakit digalakkan berada di sisinya sekali semasa ini. Satu belahan melintang dibuat dibahagian bawah abdomen selepas ibu dibius. Belahan ini akan menampakkan rahim yang akan dibelah sekali dan kemudiannya bayi dilahirkan. Belahan Belahan-belahan ini ditutupkan selapas kelahiran uri. Jangkamasa pembedahan ialah antara 20-30 minit.

Perasaan semasa pembedahan LSCS. 
Saperti diterangkan, pembedahan ini dilakukan dibawah bius. Bius yang biasa digunakan adalah bius separuh, atau Spinal Anaesthesia, kerana ini adalah cara yang paling selamat dan menghasilkan penyembuhan paling elok. Semasa pembedahan, ibu akan sedar sepenuh masa dan boleh berinteraksi dengan suaminya dan staf di dewan bedah, di samping menikmati saat saat-saat kelahiran anaknya. Selain dari itu, kesan biusnya agak berpanjangan, 4-6 jam, menghasilkan masa selepas pembedahan yang lebih selesa. Sedikit tekanan di perut mungkin dirasa semasa bayi dikeluarkan, tetapi tiada langsung perasaan sakit.

Walaupun bius separuh menjadi pilihan utama, bius penuh(GA) pula bius penuh (disyorkan bagi kes-kes tertentu, ataupun kes di mana bius separuh kes kurang berkesan. Pesakit yang di bius akan merasa tidak sedar dalam jangka waktu sementara. Kekurangan bius secara ini ialah seseorang ibu mungkin rasa muntah dan loya selepas pembedahan, dan proses sedar yang lebih lama. Kesan biusnya terhad, dan pesakit akan mula rasa sakit sebaik saja sedar dari bius.

Bilakah LSCS diperlukan? 
Antara sebab-sebab pembedahan dilakukan sebab ialah:-

A. Dilakukan dalam keadaan di mana  kesihatan ibu atau bayi terancam seperti:

1. Kedudukan plasenta menutup serviks (Placenta Previa)
2. Bayi lemas
3. Saluran bersalin sempit
4. Bayi terlalu kecil atau terlalu lemah untuk melalui kelahiran biasa

B. Dalam situasi di mana LSCS adalah pilihan yang selamat sekiranya kelahiran melalui faraj adalah mustahil:

1. Kedudukan janin yang tak sesuai – songsang atau melintang
2. Keadaan darah tinggi atau masalah kesihatan ibu yang lain
3. Ibu yang pernah melahirkan bayi melalui pembedahan LSCS
4. Saluran bersalin dihalang oleh kedudukan uri bawah (placenta praevia)

Risiko LSCS. 
Pada zaman sekarang, LSCS adalah satu pembedahan yang sangat selamat untuk ibu dan bayi, tetapi dalam apa jua pembedahan utama tetap ada risikonya. Antara risiko yang utama untuk ibu adalah pendarahan Berlebihan semasa atau selepas pembedahan, dan jangkitan kuman pada luka pembedahan. Bagi bayi pulak, jarang ada masalah kecuali risiko kecil luka semasa pengeluaran ayi dari perut ibu. 

Selepas LSCS. 
Ramai ibu akan rasa selesa dan memulakan pemakanan selepas kembali ke bilik sendiri, dan balik rumah keesokannya adalah perkara biasa. Makan dan minum harus dimulakan sebaik saja tiada rasa pening atau loya, dan ubat biji tahan sakit akan diberikan sekali. Pelekapan dan penyusuan ibu perlu dimulakan secepat mungkin, untuk memupuk perasaan ibu-bayi. Dengan motivasi yang bagus, seseorang ibu akan melalui masa pantangnya semacam ibu yang bersalin biasa.

Kelahiran masa depan.  
Mengikut jangkaan, selepas melalui pembedahan LSCS, lebih dari 50% wanita akan dapat melahirkan bayi secara biasa masa akan datang. Kelahiran biasa selepas pembedahan LSCS (VBAC) adalah selamat. Ini juga bergantung banyak pada saluran bersalin yang sesuai, kerana, jika saluran itu sempit, maka kelahiran dimestikan melalui pembedahan.

Rabu, 27 Februari 2013

Jenis - Jenis Cyst

Ramai orang bingung tentang jenis-jenis cyst dalam kilang ovary, mana satu yang merbahaya, malignant (jenis kanser) , benign( bukan kanser) , yang merosak benih dan peranakkan (endometriosis) dan yang boleh hilang tanpa rawatan (follicular cyst) Cyst adalah sejenis tumbuhan dalam kilang ovary. Mengapa ia digelar cyst? Sebabnya tumbuhan ini mesti mengandungi cecair/fluids, samada air, cecair becampur perotin, darah beku, darah haid , minyak dan lemak, lendir. Ia boleh disertai dengan tumbuhan daging yang munkin jenis kanser, rambut , cartilage, tulang dan lain-lain .

1. Follicular cyst.
mengandungi air, bermula sebagai karung telur tetapi tidak pecah pada waktu subur/ovulation, ia terus membesar kadang melebihi 5 cm. Biasanya akan pecah sendiri tanpa perlu bedah dan airnya diserap badan. Tidak perlu dibedah.

2. Corpus luteal cyst.
Bermula dari bekas kantung telur yang telah pecah/ ovulation dan kehamilan telah berlaku. Peranan corpus luteum ialah untuk menguatkan kehamilan di peringkat awal sabelum uri mengambil alih peranan tersebut kemudian. Kadang-kadang ia membesar sehingga 8 cm. Jangan takut, kerana biasanya cyst ini akan pecah sendiri dan cecairnya diserap badan.

3. Hemorrhagic cyst.
cyst yang mengandungi darah, ia boleh bermula dari follicular atau corpus luteal cyst, perdarahan berlaku ke dalam cyst atau pecah dan darah melempah merata dalam perut menyebabkan kesakitan yang kuat. Perlu pembedahan cemas.

4. Ruptured ovarian cyst.
menyebabkan kesakitan dan perlu dibedah secara cemas.

5. Endometriotic cyst. ovary
mengandungi darah kotor, merosak ovary, saluran fallopio dan rahim.. Perlu dibedah.

6. Dermoid cyst ovary atau terratoma mengandungi cecair berminyak dan lemak, rambut, cartilage , gigi atau tulang. Perlu dibedah

Rujukan : Dr Hamid Arshat
JENIS-JENIS CYST

Jumaat, 1 Februari 2013

Pengorbanan kita semua sebagai Mommies... :)

 Tiada sesiapa memahami sakit senggugut, kecuali wanita.
Tiada siapa memahami sakit mengandung, kecuali wanita.
Tiada siapa memahami sakit bersalin, sama ada normal atau ceaser, kecuali wanita.
Even dalam proses pecah dara pun, tiada siapa yang tahu sakitnya pecah dara, kecuali wanita.

Bagitahu saya, adakah pengalaman2 yang mereka lalui ini terlalu enteng? Terlalu minimal? Terlalu sedikit?

Lalu berhakkah satu2 pihak mengatakan wanita berpantang ini hanya melalui salah satu proses yang BIASA? Tidak perlu dijaga? Tidak perlu dimanja? Tidak perlu berpantang?

"Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dianggap sebagai mati syahid."
Sungguh tinggi darjat wanita.

Lalu mengapa ada wanita sendiri yang mengabaikan darjat yang disediakan untuknya?
Mengapa ada suami yang dengan senang-lenangnya melayan ibu di dalam pantang seperti hamba?

Jangan hanya kerana sang ibu sudah boleh berjalan, boleh makan, boleh tersenyum, boleh ketawa, kalian menganggap dia kuat. Sedangkan kalian tidak dapat membayangkan bagaimana nyawa mereka dihujung jantung semasa meneran dan mengeluarkan bayi mereka di dewan bersalin. Sedangkan kalian tak tahu bagaimana perut mereka dilapah 7 lapisan, termasuk rahim dihiris, satu persatu demi menzahirkan seorang anak.

Dan kepada wanita. Rahim anda hanya sebesar buah pear. Disitu anda melayan suami saban malam, mengeluarkan darah haid saban bulan, mengeluarkan bayi saban tahun.

Sebiji buah pear, mengeluarkan seorang manusia?

Lalu, jika dapat difikir menggunakan akal, jika dapat dihisab menggunakan fikiran, betapa tenatkah rahim anda sekarang? Atau akan datang?

Maka, sayangilah rahim anda. Janganlah ditenatkan lagi rahim yang sudah bekerja keras setiap detik untuk anda. Berpantanglah.

Dan untuk suami yang menganggap ini semua perkara enteng. Bukan sesuatu yang enteng melahirkan anak yang tak tahu mengenang pengorbanan rahim seorang wanita, iaitu rahim ibu2 kalian. Jika tiadapun perasaan malu, sekurang2nya adalah sedikit perasaan kesian. Jika anda masih layak bergelar suami.

Ada sebab mengapa syurga bi bawah tapak si pemilik rahim.

*Gambar di bawah adalah salah satu RISIKO kepada ibu bersalin czer iaitu jangkitn pada tempat pembedahan.

asih layak bergelar suami.

Ada sebab mengapa syurga bi bawah tapak si pemilik rahim.

*Gambar di atas adalah salah satu RISIKO kepada ibu bersalin czer iaitu jangkitn pada tempat pembedahan.