Sekadar berkongsi info berguna utk semua....^_^

Sekadar berkongsi info berguna utk semua....^_^
"Jadikanlah masa yang berlalu itu pengalaman dan pengajaran, masa yang sedang berjalan kita isi dengan amalan dan masa hadapan jangan terlalu diangan-angankan" "Kita ini semuanya sama,tiada beza muda ataupun tua,jangan menyombong atau takbur sesama manusia,sekalipun kita berpangkat atau berilmu-kerana di sisi ALLAH SWT kita semuanya sama - cuma yang membezakan kita hanyalah AMAL dan TAQWA"

Khamis, 23 Februari 2012

Air Selusuh

Apa itu Air Selusuh?Air selusuh merupakan air untuk memudahkan dan melancarkan wanita ketika waktu hendak bersalin. Ada diantaranya minum air yang dibacakan ayat-ayat al-quran,ada juga yang mengatakan perlu guna air tangan bidan,dan ada juga disuruh baca ayat-ayat jampi serapah dan macam-macam lagi.Tapi,tujuanya tetap sama iaitu air untuk memudahkan wanita bersalin.

Tujuan air selusuh adalah untuk memudahkan wanita bersalin.

Apakah hukumnya?Jika air itu digunakan sebagai IKHTIAR atau lebih jelas sebagai ubat maka hukumnya HARUS dengan syarat air itu tidak bercanggah dengan Islam seperti dibacakan pada air itu ayat-ayat al-quran,doa-doa.Asalkan bacaan itu tidak bercanggah dengan Islam seperti jampi-jampi karut yang menyesatkan maka hukumnya akan berubah menjadi HARAM.

Apakah dalilnya?

Dalil:Firman Allah:’Kami turunkan sebahagian ayat-ayat Al-quran adalah untuk digunakan sebagai penawar dan pembawa rahmat kepada orang-orang beriman’-surah Al-Isra’,juzuk 15.

Jika air digunakan sebagai ikhtiar dan dibacakan ayat-ayat Al-quran maka harus bersandarkan dalil di atas.Dan juga disokong oleh kaedah usul fiqh ISTISHAB.Hukum asalnya adalah harus selagi tidak ada dalil yang mengatakan haram.Dalil seterusnya kaedah fiqh ‘AL-ASLU FIL ASYA’ MUBAH’.Setiap benda adalah harus.Maka,selagi mana tidak didatangkan unsur-unsur syirik hukumnya tidak mengapa.

Kesimpulanya:Walaubagaimanapun,kita tidak boleh mengangap AIR SELUSUH itu mempunyai kuasa untuk memudahkan bersalin.Ingatlah,air itu merupakan air biasa sahaja,cuma dibezakanya hanya dengan dibacakan ayat-ayat suci al-quran.Mana-mana air jika dibacakan sesuatu benda yang baik,maka molekul airnya akan berubah seperti kaca permata yang cantik dan begitulah sebaliknya menurut kajian saintis dari Jepun.ingin dinasihatkan cara yang paling betul ialah merujuk kepada doktor yang pakar dalam bidang ini.Seharus manapun air ini,jika ia memberi kemudharatan kepada pesakit atau ibu mengandung maka Islam tetap jua melarangnya.Ingatlah Islam itu mudah dan tidak menyusahkan.Wallahua’lam.

Peranan Suami Jika Isteri Mengandung

Berita tentang kehamilan isteri pastinya menggembirakan suami terutama bagi yang pertama kali menjadi bapa. Namun senyuman lebar itu saja tidak cukup untuk membantu isteri yang hamil. Suami juga perlu memainkan peranan supaya isteri dapat menjalani tempoh kehamilan dengan mudah. Sebelum anda merungut dan mengelak, anda perlu tahu bahawa tuntutan ini sebenarnya disokong oleh kajian ilmiah dan bukannya hasil konspirasi ibu hamil

TRIMESTER PERTAMA

Masa penuh emosi

Ketika hamil terdapat banyak perubahan berlaku kepada tubuh isteri dan yang paling menonjol adalah perubahan emosinya. Sebabnya adalah kerana kadar estrogen dan progesterone di dalam tubuhnya berubah dan ini tidaklah menghairankan mengapa mood ibu yang hamil sering berubah-ubah. Jadi sebagai suami anda mesti pandai pengatur peranan ketika itu supaya bayi anda dapat dilahirkan dengan selamat.

Perkara yang dialami pasangan

- Sering mual dan muntah terutama diwaktu pagi ( morning sickness )
- Lekas penat dan mudah mengantuk
- Mungkin tiba-tiba meminta atau menginginkan sesuatu yg aneh misalnya makan rojak pukul 2 pagi…( sabar..! sabar..! sabar..! angguk angguk geleng geleng… )
- Emosinya cepat berubah,menangis dan berasa tertekan tanpa sebab yang jelas.

Perkara yang boleh suami lakukan

- Buatkan isteri anda berasa tenang supaya dapat berehat dan tidur secukupnya, contohnya mengusap lembut kepalanya .
- Bersiap untuk menghadapi ujian untuk mengukur betapa besarnya cinta anda kepadanya. Jangan terkejut jika dia meminta sesuatu yang aneh di tengah malam,kalau mampu apa salahnya memenuhi permintaan ibu kepada anak anda!!
- Tunjukkan rasa bahagia terhadap janin dalam kandungannya. Sapaan seperti “ Baby sedang buat apa, usik mama ye “ boleh menjadikan satu sokongan mental yang menyenagkan hati. Selain itu ibu hamil perlukan kasih sayang dan perhatian lebih daripada biasa.

TRIMESTER KEDUA

Masa-masa bahagia

Inilah masanya ibu boleh menikmati waktu kehamilan. Anda tidak begitu terseksa berbanding tempoh trimester pertama. Waktu ini juga ibu akan dapat merasai gerakan kecil si anak dan juga waktunya suami akan mula merasakan peranannya sebagai calon ayah!

Perkara yang dialami pasangan

- Emosi lebih stabil dan morning sickness makin berkurang
- Ibu hamil mula rasakan gerakan anaknya
- Merasa bahagia dengan kehamilan
- Cukup selesa dengan keadaannya sehingga timbul keinginan menikmati hubungan intim ( khabar baik buat suami ! )

Perkara yang boleh suami lakukan

- Teruskan sikap penuh pengertian. Ibu hamil masih mengalami perubahan emosi yang berkailan dengan kehamilannya.
- Seboleh mingkin dampingi dah hantarlah isteri tiap kali bertemu doktor
- Ajaklah dia kembali menikmati hubungan intim

TRIMESTER KETIGA

Takut dan cemas

Perkara yang dialami oleh isteri

- Semakin dekat dengan hari bersalin,biasanya isteri akan semakin takut dan cemas
- Merasakan penampilannya tidak menarik kerana perubahan bentuk fizikal
- Sering mengeluh sakit, sengal,nyilu dan berbagai rasa tidak senang pada tubuh terutamanya pada punggung dan bawah perut kerana bayi semakin membesar
- Mengeluh kerana sukar tidur kerana perut yang membesar menyebabkan tidak selesa untuk berbaring ( bayangkan ada orang sedang mengeletek anda didalam perut ketika anda tidur ..kadang2 dia menendang tak kira masa terutama ketika ibu sedang berehat…jika kita bergerak,bayi kan diam sebab pergerakkan kita membuai bayi didalam perut tetapi apabila ibu mula berehat dan tidur..bayi akan semakin aktif)

Perkara yang boleh suami lakukan

- Bantu pasangan untuk mengatasi rasa cemas dan takut untuk menghadapi proses bersalin. Misalnya dengan mengalih perhatian dengan mengajaknya berbelanja keperluan bayi ( huh!!! Bab shooping ni,tengah sarat pun sanggup naik turun tangga shooping komplek….)
- Pujilah isteri anda bahawa dia tetap cantik dan menarik ( ramai orang yang menjadi bertambah cantik dan berseri2 apabila hamil )
- Bantulah meringankan berbagai keluhannya dengan mengurut belakang isteri
- Bersiaplah untuk membantu dan menemaninya pada masa isteri sukar tidur. (Jangan teruskan menonton bola)

Keadaan pasangan anda tidak sama seperti apa yang dialami oleh isteri teman anda, kakak atau nenek anda ketika hamil kerana tubuh setiap wanita adalah berbeza-beza begitu juga dengan reaksi dan perubahan tubuh. Apa pun terjadi,bulatkan tekad untuk mendampingi isteri tercinta melalui saat ini.


Tip-tip penting untuk kurangkan loya dan muntah semasa hamil

“Morning sickness” atau muntah-muntah ialah masalah yang biasa berlaku dikalangan wanita hamil. Ia boleh berlaku bila bila masa. Kebanyakkan bermula seawal 6 minggu pertama dan berakhir pada lewat 16 minggu. Walaubagaimanpun, terdapat segelintir dari wanita yang hamil mengalami masalah ini sehingga ke peringkat akhir kandungan.( betul tu sbb lia mengalaminya sama pregnant anak sulung dulu)

Punca yang tepat terhadap masalah ini belum diketahui secara jelas, tapi kemungkinan besar ia terjadi disebabkan oleh kehadiran hormon-hormon dirembeskan dalam kuantiti yang banyak diawal kehamilan.
Morning sickness bukan sahaja boleh menganggu kehidupan harian wanita yang mengandung, tetapi ia juga boleh memberikan bahaya kepada ibu dan anak yang didalam kandungan.

Morning sickness yang teruk boleh menyebabkan wanita kehilangan bendalir tubuh yang banyak, dan kehilangan zat galian akan memberikan kesan kepada bayi sekiranya ia berlaku dalam jangka masa yang lama . Bayi mungkin akan mengalami kekurangan berat badan, tidak membesar secara normal kerana kekurangan zat-zat penting yang diperlukan untuk tumbesaran bayi.( baby sulung lia dulu beratnya cuma 2.24kg)
Jadi, sekiranya anda mengalami masalah muntah muntah secara berlebihan, anda harus berjumpa dengan doktor dengan segera.

Tip-tip untuk kurangkan simptom

Kepada wanita yang mengalami muntah-muntah ringan dan sederhana anda boleh mencuba untuk amalkan tip-tip ini

* Minum 10 gelas air sehari untuk mengantikan bendalir badan yang hilang dan juga mengelakkan sembelit
* Jauhkan dari bau-bau yang tidak menyenangkan yang boleh menyebabkan anda muntah. Beritahu suami dan saudara dan rakan-rakan di tempat kerja tentang bau-bauan tersebut.
* Hindarkan diri dari wangian
* Sekiranya anda rasa loya, asam boleh mengurangkan rasa loya.
* Legakan perut dengan memakan makanan berhalia. Hidu lemon lemon atau minum jusnya
* Sekiranya masih mempunyai anak yang kecil, pastikan diaper anak dikendalikan oleh suami atau pembantu rumah.
* Sekiranya memerlukan perjalanan jauh melalui udara, tundakan tarikhnya. Anda tentu tidak mahu merasa loya disebabkan oleh perjalanan yang bumpy atau bau dari makanan, ataupun dari wangi dari penumpang sebelah.


Kebaikan Pil Perancang

Terdapat banyak kebaikan pill perancang yang tidak diketahui oleh wanita. Pill selalunya membawa persepsi yang buruk kerana ia dikaitkan dengan kenaikan berat badan, loya, muntah, perubahan libido ( kurang nafsu) dan sebagainya. Walaubagaimanapun kesan sampingan sangat jarang berlaku sekarang disebabkan oleh dos yang ada sangat rendah berbanding dengan dahulu.

Pil bukan sahaja efektif dalam mencegah kehamilan, ia juga boleh:

* Mengurangkan sakit segugut
* Merawat jerawat dan kulit berminyak
* Mengurangkan PMS - perasaan tidak selesa yang sebelum kedatangan haid seperti sakit buah dada, berat pada pelvis, kemurungan dan sebagainya.
* Membuat kitar haid teratur dan berlaku setiap bulan dalam masa yang sama
* Membantu mengurangkan aliran darah haid.
* Mengurangkan ovarian cyst
* Mengurangkan risiko barah ovari
* Mengurangkan risiko barah rahim (endometrial cancer)
* Mengelakkan sakit semasa ovulasi (mid-cycle pain)
* Mengurangkan rembesan hormon lelaki (androgen) yang mengawal pertumbuhan bulu roma pada muka, perut, peha dan betis
* Mengurangkan masalah bengkak dan ketulan bukan Kanser pada buah dada
* Boleh mengawal kedatangan haid



Tidak semua wanita sesuai memakan pil perancang. Berbincanglah dengan doktor anda untuk mengetahui samada anda calon yang sesuai menggunakan kaedah pencegah kehamilan ini.